Header Ads

ads header

Flash News

Sudah tiba masanya ganti 'dinosaur purba politik' - Penganalisis


KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar disifatkan antara ikon baharu yang boleh menggantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, calon yang lebih muda itu mampu memberi pembaharuan dalam Pakatan Harapan (PH).

Justeru katanya, beliau bersetuju dengan cadangan Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Rozman Isli yang mencadangkan tempat Anwar digantikan dengan mereka yang lebih muda dan layak.

"Sebenarnya muncul ikon baharu yang boleh diangkat, meskipun tidak popular, namun ada ikon dalam parlimen pembangkang seperti Dr Maszlee Malik boleh diangkat sebagai Ketua Pembangkang. Ini akan beri kesedaran dalam politik negara iaitu bagaimana untuk melihat sentimen politik akan datang.

"Dalam PKR sendiri, kita ada Nurul Izzah yang boleh diangkat sebagai Ketua Pembangkang dan ini menggambarkan bahawa kita sedang menuju politik baharu dan tinggalkan legasi terbaik yang pernah kita ada," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.

Pada masa sama, beliau melihat sudah tiba masanya muka-muka baharu menggantikan tempat anggota Parlimen yang sudah veteran atau disifatkannya sebagai 'dinosaur purba politik'.

"Saya lihat di Parlimen itu sendiri hanya ada 10 peratus ahli Parlimen berumur bawah 45 tahun ke bawah. Ini bermaksud ahli Parlimen kita sudah veteran, atau "dinosaur purba politik" ini, dari PH atau kerajaan pertimbangkan agar tidak perlu lagi (memegang kerusi) selepas PRU15. Beri ruang kepada orang muda bertanding di PRU sebab nak kurangkan dinosaur politik," tambahnya.

Ujarnya, perubahan drastik yang dilakukan bukan sahaja untuk kebaikan blok pembangkang, malah kepada pentadbiran kerajaan.

"Kalau perubahan drastik dibuat, maka akan ada kebaikan juga untuk PH supaya mereka berperanan sebagai semak dan imbang kepada pentadbiran negara dan memajukan negara kepada perspektif idea dan datang dengan pendapat yang bernas serta tidak hanya mengeluarkan kenyataan yang kita dengar di Parlimen di baru-baru ini .

"Pelbagai perkataan yang tidak mencerminkan politik yang matang dan perlu satu tenaga baharu, muda dan boleh menggerakkan PH dan PN," kata beliau lagi.

Sebelum ini, Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Rozman Isli berkata, sudah tiba masanya blok pembangkang di Dewan Rakyat mencari individu baharu bagi mengetuai blok tersebut untuk menjadi lebih kuat.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Rakyat sekarang sudah bijak dan cerdik maka mereka tetap menolak puak Pee H pimpinan puak roket walaupun pemimpin Pee H ditukar kerana rakyat telah serik dikencing hancing dengan pelbagai janji palsu oleh puak Pee H.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih teringat saat ph jadi kerajaaan..rsa sengsara n menderita..rsa serik sangt ngan ph..semua jnji palsu

      Padam
  2. Artikel bodoh - menghina Penimpin Politik yang lebih tua & berpengalaman!! Dahlah anak pompuan anwar & mazlee tu jenis si BANGANG2 yg. TAK matang lansung!!

    BalasPadam
  3. SELAGI anwar dan mahadir dijadikan idola dan rujukan, selagi itu lah cara dan pandangan dan jalan berpolitik tak akan berubah

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah saya orang Islam.
    Dalam Islam yang tua dan yang muda semua ada peranan.
    Dalam Islam tiada diskriminasi tua atau muda. Yang hanya membezakan kita adalah iman dan takwa.

    PAS adalah parti Islam. Itulah sebabnya dalam PAS yang muda hormat yang tua. Kita hormat Bukan kerana dia tua, tetapi kerana ilmu dan pengalamannya.
    Islam juga menyeru agar kita menghormati orang tua.

    Itu seba lah perjuangan parti lain semuanya adalah sia-sia jika tidak berteraskan Islam.

    Inilah kelebihannya bila berada dalam perjuangan Parti Islam Malaysia. Inilah dia kemanisan iman. Kita ada pedoman. Kerana kita ada Al Quran dan Al Sunnah.

    Perjuangan parti lain hanyalah mengikut hawa nafsu mereka. Bila mereka rasa orang tua dinosaur, maka dia akan kata orang tua tak relevan. Inilah dia mereka yang nama sahaja Islam, sembahyang tonggang terbalik tapi tiada tarbiah dan tiada hidayah. Kerana apa? Kerana hidup mereka berkiblatkan nafsu mereka. Segala pendapat mereka bukannya berlandaskan Al Quran dan Al Sunnah. Itu sebab mereka semua ini nama aja Islam tapi jahil.

    Wahai umat Islam umat Melayu, kembalilah kpd Agama. Jikalau kamu menolong agama Allah, maka tentunya Allah akan menolong kamu. Intansurullahayansurukum. Wa ysatbit agda maklum. Dan Allah akan mengukuhkan kedudukan kamu.

    Maka benarlah kata kata Allah.


    Alhamdulillah saya ini Islam dan hidup saya berpegang kpd Al Quran dan sunnah.

    BalasPadam