Header Ads

Header ADS

Flash News

Terima rasuah: Lima kakitangan Kementerian Kewangan didenda


KUALA LUMPUR:
Lima kakitangan Kementerian Kewangan didenda RM1,500 sehingga RM2,000 selepas mengaku bersalah menerima rasuah hari ini.

Lima kakitangan Unit Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan (MOF) masing-masing didenda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyalah guna kuasa mengenai pendaftaran akaun baharu e-Perolehan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.

Kesemua tertuduh berusia lingkungan 32 hingga 39 tahun bergred W19 dan W29 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didapati bersalah melanggar peruntukan Seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 atau tidak melebihi 10 tahun penjara atau kedua duanya sekali.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didapati bersalah menerima rasuah bagi mendapatkan status syarikat Bumiputera daripada individu tertentu yang bertindak sebagai orang tengah dengan nilai suapan antara RM200 hingga RM600 untuk setiap permohonan.

Dalam pada itu, Hakim Manira Mohd Nor ketika membacakan hukuman turut berharap hukuman denda yang dikenakan sebagai memberi pengajaran kepada semua penjawat awam agar tidak terlibat dalam kegiatan rasuah.

"Mahkamah menyatakan kepada kamu bahawa perbuatan kau dan semua tertuduh yang didapati bersalah tadi. Walaupun jumlah diambil agak sedikit tetapi dia bermula dari akar umbi yang mana akan bawa kemusnahan kepada keluarga kamu sendiri.

"Saya harap kamu insaf selepas ini, di tempat kerja kamu seterusnya membawa kerosakan masyarakat. Dengan jumlah kecil itu, jangan dianggap bukan kesalahan. Ia adalah kesalahan yang besar, pada masa akan datang....mahkamah berharap hukuman ini memberi satu pengisafan kepada kamu semua," jelas Manira.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Francine Cheryl Rajendram manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan dan Muhammad Aizat Fakri.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Yang beri rasuah sudah didakwa ke belum? Jangan ambik tindakan pada penerima sahaja tapi pemberi rasuah juga patut dihukum.

    BalasPadam
  2. Betoi tu...manerrrr keadilan niii..

    BalasPadam