Header Ads

Header ADS

Tarik pelancong Arab, kata ketua Dewan Ulama PAS


Bagi menggalakkan pelancongan dan hubungan antarabangsa, ahli parlimen Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh mengemukakan cadangan agar kerajaan cuba menarik lebih ramai pelancong-pelancong Arab ke Malaysia.

Ketika membahaskan belanjawan untuk kementerian pelancongan, seni dan budaya di Dewan Rakyat, dia berkata, memandangkan Malaysia terletak di zon khatulistiwa, alangkah baiknya jika kerajaan menarik pelancong dari negara yang mempunyai sifat berbeza.

Contohnya kata ketua Dewan Ulama PAS itu, negara-negara Arab di timur tengah serta negara Afrika, yang menurutnya berpadang pasir dengan “padang jarak padang terkukur”.

Membayangkan keberuntungan yang pasti diperoleh negara daripada cadangannya itu, kata Nik Zawawi (atas), pelancong-pelancong Arab pasti berbelanja besar jika datang ke sini, bahkan mereka juga menyifatkan Malaysia sebagai “syurga dunia” dengan keindahan alam semula jadi.

“Bagi negara-negara Arab ini, mereka sangat gembira kalau boleh datang ke Malaysia.

“Jadi sebab itu dasar pelancongan kita kalau (boleh) kita fokuskan kepada negara-negara ini, kerana negara ini adalah antara negara yang kaya, yang kalau mereka datang ke negara kita, mereka akan membelanjakan sebahagian besar daripada kewangan ke dalam negara (kita).

“Di samping mereka melihat faktor-faktor pelancongan yang ada dalam negara kita, keindahan tumbuh-tumbuhan.

“Kalau orang Arab datang ke Malaysia, mereka mengatakan jannatullahu fiddunya (syurga dunia), syurga Allah di atas muka bumi ini. Ini keindahan yang ada dalam negara kita,” katanya lagi.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Teesangat la betulnya. Saya pernah menguruskan travel agent company. Memang pelancong drp Negara2 Arab berbelanja besar. Kalau Naik kenderaan mereka Guna driver Dan private car. Mereka Tak Guna public transport. Kalau penginapan hotel at least 4 star above. Mereka Akan shopping giler2 punya.

    BalasPadam
  2. Biar Arab sedar Kehebatan Rumpun Melayu

    BalasPadam
  3. Kalau nak pelancong Arab datang memang bagus, maka perlulah ada banyak masjid dan masjid perlulah dibina dengan baik, modern dan selesa.
    Masjid dan musalla di tempat membeli belah juga mestilah canggih dan berprestij. Kawasan perempuan dan kanak kanak pula mestilah baik dijaga dan selamat dari segi pengawasan dan harta benda.

    Ha barulah lebih ramai orang Arab mahu datang berbulan madu dan melancong di Malaysia.

    Juga, tulisan Jawi perlulah diperkasakan.

    Kalau encik pernah pergi Hospital St. Mary's di London, ada banyak tulisan Arab kerana ramai pelancong Arab di sana dan untuk menyenangkan mereka mendapat rawatan di London.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.