Header Ads

ads header

Flash News

Umno Masih ‘Muka Tak Malu’, Bersatu Lebih Ada ‘Air Muka’


Susulan kemelut politik di Perak, UMNO dan Bersatu mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi pada waktu yang hampir sama malam tadi.

Dalam mesyuarat tersebut, UMNO antara lain memutuskan agar kerajaan PN di Perak yang melibatkan UMNO, Bersatu dan Pas hendaklah terus dikekalkan.

Dalam erti kata lain, bermakna UMNO, walaupun telah bertindak menjatuhkan seorang Menteri Besar daripada Bersatu, namun masih mengharapkan parti itu menyokong mereka membentuk kerajaan negeri yang baru.

Lebih mudah untuk difahami lagi, UMNO nampaknya masih “bermuka tak malu” mengharapkan lagi kerjasama Bersatu di sebalik mereka telah bertindak memalukan parti tersebut.

Tapi, berbeza dengan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu di mana mereka tidak menyebut langsung untuk terus bekerjasama dengan UMNO, tetapi khusus memberi penekanan melibatkan kedudukan Bersatu dan Pas serta gabungan PN saja.

Apa yang lebih Bersatu tekankan, sebarang keputusan yang akan mereka ambil, ia akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan gabungan PN, khususnya Pas.

Malah untuk mengekalkan kestabilan politik di Pusat dan Perak, Bersatu hanya mahu memperkukuh hubungannya dengan Pas melalui PN semata-mata.

Lebih jelas, ternampak yang menjadi keutamaan Bersatu ialah gabungan PN dan hubungannya dengan Pas, bukannya kedudukan kerajaan PN yang turut ada UMNO didalamnya.

Dengan tidak menyebut sama sekali untuk terus bekerjasama dengan UMNO, selain menunjukkan Bersatu amat kecewa dengan UMNO, Bersatu terlihat lebih mempunyai “air muka” berbanding UMNO.

Setelah dimalukan oleh UMNO, Bersatu kini hanya ingin terus menambat hati Pas agar terus bersama mereka.

Yang penting, sebarang keputusan yang akan diambil Bersatu adalah ketetapan bersama parti itu dengan Pas.

Di mana UMNO dalam hubungan “cinta tiga segi” ini?

Dengan semakin berjaya menambat hati Pas, Bersatu tidak mustahil sedang merancang sesuatu untuk terus mengenepikan UMNO.

Shahbudin




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. aku rasalah... parti bersetubuh yang x malu... kesian...syok sendiri... BERSETUBUH boleh join AMAHNAH,..jadi BERSEKONGKOL

    BalasPadam
  2. Kenapa MR ambil tulisan shahbudin ni? Bukan ke shahbudin ni kisah PH?

    BalasPadam
    Balasan
    1. MR kuat mengampu Bersatu. Asyik Komen nak mengutuk UMNO je.

      Padam
  3. Nak kutuk UMNO ape lagi ni.. yg tak tau malu sekarang ni Bersatu.. kat Sabah pun dia tak tau malu.. kat Perak pun nak buat benda sama.. mentang2 PM dari Bersatu kalau boleh semua MB dari Bersatu.. kerusi menang ciput.. tapi lagak macam tokey besar.. UMNO dah cuba bersabar dah dgn perangai buruk Besatu ni.. kononnya demi rakyat demi melayu demi agama.. tapi hakikatnya demi kuasa.. demi pangkat.. demi duit.. ditambah2 lagi sejak Jemin n geng masuk Bersatu.. makin berlagak.. lepas tu nak memerintah ikut suka dia sampaikan sanggup mintak darurat kat Agong supaya dia boleh memerintah tanpa gangguan UMNO.. UMNO masih terluka dgn tindakan Bersatu masa tu.. UMNO masih cuba bersabar dan byk mengalah.. tapi bila mengalah makin nak dipijaknya UMNO ni.. itulah bahana kalau masuk ikut atap.. nampak berkuasa tapi tak aman.. tak berkat.. dgn geng2 sendiri pun bercakaran..

    BalasPadam
  4. umno mmng gile kuase.
    mne pegi presiden korang mase parti cow membaham tanah ari tu.
    mne siperompak tu lari mase parti cow tersungkor smpai ahli dh mcm ank ayam hilang ibu.
    skrg korang letak mne tok Mat yg jage korang dulu.
    mmng dasar pemimpin bangsat.
    muncul je 2 org tu trus huru hara MN.
    dh mcm beruk dpt bunga je aku tngok presiden dan penasihat korang tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.zahid datang setelah umno mekar kembali bersama MN.
      Masa tok mat pulun bangunkan umno.zahid pergi .
      Dasar muka gila kuasa saja zahid tu..sb tu bila zahid kembali jadi kucar kacir.
      Masa tersungkur lari masa elok datang.pirahh pemimpin x dak telur mcm tu.
      Tok mat bgus jadi presiden.

      Padam