Header Ads

ads header

Flash News

114 atau 115 MP tak setuju darurat saranan PN, dakwa Anwar



Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, hari ini mendakwa jumlah ahli parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan darurat "lebih daripada mencukupi".

Setakat ini kata Anwar ada antara 114 hingga 115 ahli parlimen yang sepakat mahukan darurat dibatalkan.

Kata presiden PKR itu lagi dengan jumlah berkenaan cukup untuk memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mempertimbangkan usul tersebut dan memanggil sidang khas parlimen dengan segera.

"Sekarang telah mencecah 114 (atau) 115 yang menolak usul PN. Jumlah itu lebih daripada cukup menolak pandangan PN berhubung darurat, (ia) ditolak majoriti ahli Parlimen," katanya dalam program bual bicara Minda Profesor Negara hari ini.

Rabu lalu, Anwar mempertahankan tindakan pembangkang menulis surat kepada Agong untuk memohon perkenan baginda membenarkan parlimen bersidang ketika darurat.

Pada 14 Jan Anwar meminta semua anggota parlimen mengutuskan warkah kepada Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan parlimen bersidang secepat mungkin, sebelum 31 Januari.

PH dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan mereka menghantar surat itu, manakala Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menghantar surat kepada ahli parlimen parti itu untuk meminta persetujuan mereka.

Pengisytiharan darurat - yang dikritik parti kerajaan dan pembangkang - seperti disarankan PN membawa kepada penggantungan parlimen serta perlembagaan.

Justeru Perdana Menteri Muhyiddin Yassin didakwa menggunakan darurat sebagai cara untuk dia terus berkuasa walaupun selepas kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Mungkin tak sampai 90

Bagi pihak yang mempertahankan darurat, mereka menyifatkan pandangan yang tidak selari dengan pengisytiharan darurat sebagai menderhaka kepada Agong.

Antaranya bekas setiausaha agung BN Annuar Musa yang mempertikaikan tindakan Ahmad, selain Pemuda PAS yang mendakwa Anwar mengajak ahli parlimen menderhaka.

Di sebalik jumlah yang besar mahukan darurat ditamatkan, Anwar mengakui keputusan mengenainya bergantung kepada ihsan Agong.

“Ini tidak boleh disangkal. Apakah jumlah itu cukup? Itu lebih daripada mencukupi [...].

“Bagi saya, kalau tanya saya, sekarang jumlah mencukupi. Tapi kena tunggu ihsan dan budi bicara tuanku untuk mendapat makluman lanjut,” katanya.

Anwar turut berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga sedang berbincang mengenai usul darurat itu.

Bagaimanapun, dia tidak mengetahui hasil perbincangan GPS itu.

“Saya tak tahu apakah keputusannya tetapi ternyata kalau ini berlaku. Maknanya yang komited betul mendokong darurat dan penggantungan parlimen itu tak mungkin sampai 90 ahli parlimen, ataupun jauh lebih rendah,” katanya.

MR : Kalau benar pun rakyat dah bosan dengan geng DINASOR dalam politik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. hang apa masalah wahai pesalah liwat ? hang tak sedar2 kah rakyat jelata dah muak dan nak termuntah dgn hang tu?. jika 115 ka, 180 ka tak setuju dgn perisytiharan darurat,,hang boleh ka nak overuled kuasa yg dp agong? hang gila sungguh nak jd pm,,sampai hang dah jadi buta melihat situasi negara....memalukan..

    BalasPadam
  2. Bang non nak beritahu orang bodoh,bahawa hanya ketua pembangkang atau mp ph yang layak nasihat YDPA untuk istihar darurat kehkehkeh

    BalasPadam
  3. Siapa Kita nak Hina orang.jahat mana pun orang Tu,Kita bukan tuhan untuk hukum dia.saidina Abu bakar siap tanam hidup2 anak perempuannya,dgn izin Allah,beliau merelupakan sahabat yg dijanjikan syurga.sudah2 lah kutuk,ngata kat Anwar Tu..

    BalasPadam
  4. Buang masa orang ....
    Hari ni kita menang esok harga minyak turun.

    BalasPadam
  5. Dah jelak tenguk gelagat anuar yg tergila2 nak jadi PM...
    Patut tunggu pd pru akan datang ini jika berasa kuat sangat....
    Hakikatnya anuar bukan pemimpin utk umat melayu Islam...anuar lebih senonim utk jadi pemimpin bagi kaum india....
    Maka itulah antara sebab kenapa kerajaan PH dijatuhkan...

    BalasPadam
  6. 2 ke 116 ke 2000 ke tak de bezanya. KIta ni dalam satu krisis yang paling tidak menentu, dinamik.Banyak bertanya pasal check and balancenya, tidak perlu 222 oranmg ahli politik bersidang yang hanya membuang masa. Satu badan sementara cukup. Contoh hari ni kes 7000 20 kematian nak panggil 222 ahli politik bersidang memgikut peraturan patlimen, daj giler ke. Helah nak buat undi tak percaya cakap le.

    BalasPadam
  7. Anuwa derhaka perintah ydpa, polis buat apa dok tggu lama2, goyang batu ke?

    BalasPadam
  8. Kena ada orang buat report baharulah polis buka kertas siasatan. Memang anwar ni tak ada kerja lain asyik bilang nombor. Orang duk sibuk pasal covid dia duk sibuk minta parlimen bersidang bukannya apa tapi kerana tak sabar sangat nak jadi pm

    BalasPadam