Header Ads

ads header

Flash News

36 pelajar SPM, STPM Sabah positif Covid-19



KOTA KINABALU:
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata sehingga kini seramai 36 pelajar disahkan positif Covid-19 dan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk menjalani rawatan.

Katanya, semua kes itu dikesan menerusi ujian saringan ke atas pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebelum mereka masuk ke asrama sekolah masing-masing.

“Setakat 20 Jan, seramai 36 pelajar telah disahkan dijangkiti Covid-19 melalui saringan ke atas pelajar SPM dan STPM yang dibenarkan balik ke asrama mulai 16 Jan lalu,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di Sabah.

Masidi berkata, walaupun pelajar terbabit kini ditempatkan di PKRC, mereka masih boleh menjalani pembelajaran secara dalam talian supaya pelajaran tidak terjejas khususnya bagi yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM pada Feb serta Mac ini.

Katanya, bagi memudahkan pelajar di PKRC menjalani pembelajaran secara dalam talian, kemudahan internet turut disediakan di semua PKRC di Sabah.

“Jawatankuasa pengurusan bencana negeri menyediakan perkhidmatan internet di setiap PKRC dan pelajar yang menjalani rawatan serta tempoh kuarantin boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menjalankan sesi pembelajaran mereka khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata peningkatan kes harian Covid-19 di Sabah kebelakangan ini kemungkinan besar disebabkan ketidakpatuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) pada hujung tahun lalu.

“Ini tercermin daripada statistik pematuhan SOP yang saya kongsikan dalam sidang media saya dalam beberapa hari ini yang menunjukkan kadar pematuhan menurun di kalangan rakyat di negeri ini.

“Sebagai maklumat tambahan, dalam tempoh ini juga, keputusan ujian saringan secara besar-besaran dijalankan PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) ke atas pekerja di kilang terutamanya di Pantai Timur turut menyumbang kepada trend peningkatan kes dalam beberapa hari ini,” katanya.

Hari ini Sabah mencatatkan 406 kes Covid-19 baharu selain tiga kematian dan dua kluster baharu.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan