Header Ads

ads header

Flash News

Kalau PN gagal kawal Covid, bermakna UMNO gagal - Ini Najib kena tahu


PN gagal kawal covid-19. Siapa kerajaan PN? Bukan sebahagian besarnya UMNO? Yang menguruskan covid-19 juga sebahagiannya adalah UMNO juga. Yang mengganggu kestabilan negara dengan pelbagai desakan politik bukan UMNO juga? Sebenarnya UMNOlah punca masalah negara.

PETALING JAYA : 
Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan “jangan ego” dan segera melarang perjalanan rentas negeri selama dua minggu serta melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mengekang kes Covid-19 yang mencecah 2,593 hari ini.

“Saya rasa, sudah tiba masa untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengaku gagal mengawal keadaan Covid-19. Jangan ego.

“Sudah tiba masa kita meratakan lengkungan sekali lagi sebab saya bimbang kapasiti sistem kesihatan negara tidak dapat bertahan lagi,” katanya dalam catatan di Facebook, malam ini.

Beliau juga kecewa dengan angka jangkitan terbaru yang direkodkan pada hari ini, iaitu 2,593 kes dan 13 kluster baru, tertinggi setakat ini.

“Jumlah kes Covid-19 Malaysia melepasi jumlah kes negara Honduras hari ini.

“Sejak melepasi negara China tiga minggu lalu, kita telah mengatasi Nigeria, Bahrain, Kenya, Algeria, Libya, Paraquay, Ireland, Bosnia dan Venezuela dan dengan jumlah kes terbaru ini, kita jangka Malaysia akan atasi Myanmar (127,584 kes) dalam masa dua hari lagi.”

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan kes positif harian akan meningkat dalam tempoh satu hingga dua minggu akan datang susulan rekod terbaharu itu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا

    Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Talaq 12)

    Masing masing perlu sedar dengan konflik politik hari ini. Apabila manusia berebut rebut untuk berkuasa, lantas Allah SWT menurunkan hujan dan banjir agar kita berfikir siapa yang lebih berkuasa.

    Tiada kerajaan yang mampu untuk menahan hujan. Tiada kerajaan yang mampu menghalang banjir. Tiada kerajaan yang mampu ‘bermuafakat’ dengan Tuhan untuk memperbaiki cuaca.


    BalasPadam