Header Ads

ads header

Flash News

Mat Hasan minta kerajaan atasi kenaikan harga makanan


Bimbang dengan situasi ekonomi rakyat yang semakin meruncing, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan meminta kerajaan mengatasi masalah harga makanan yang mula membebankan orang ramai.

Mohamad berkata, meskipun bekalan keperluan cukup untuk menampung keperluan ramai sewaktu pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), tetapi apa yang membimbangkan trend kenaikan harga barangan berterusan meningkat.

“Dasar kecukupan dan keselamatan makanan bukan sekadar memasti kecukupan bekalan tetapi juga memastikan harga makanan selari dengan kuasa beli rakyat.

“Begitu ramai sekali rakyat Malaysia telah kehilangan mata pencarian akibat pandemik Covid-19.

“Kuasa beli segelintir rakyat berada pada tahap yang genting. Tanpa intervensi kerajaan, mereka bukan sahaja akan miskin, tetapi juga hidup dalam keadaan lapar dan tidak mempunyai kecukupan makanan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Selain menggesa kerajaan memantau harga makanan dan bekalan keperluan asas, katanya kerajaan juga perlu menggalakkan pertanian bandar.

“Gunakan tanah lapang di persekitaran rumah untuk menanam sayuran termasuk menanamnya dalam pasu.

“Penanaman sayur-sayuran di rumah mampu mengurangkan kos sara hidup seharian dan memudahkan akses kepada bekalan sayuran segar tanpa kebimbangan penyebaran Covid-19 di pasaraya,” katanya.

Mohamad Hasan, Timbalan Presiden Umno

Pemimpin Umno itu juga mencadangkan supaya kerajaan mencontohi pemberian voucher makanan dan barangan runcit seperti yang dilakukan oleh negara maju untuk mereka yang terjejas dari segi ekonomi.

“Negara maju telah lama melaksanakan intervensi food stamp dan voucher barangan perlu.

Voucher sedemikian bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan keluarga yang paling terhimpit, ia juga dapat menjana pendapatan pemilik dan pengusaha kedai runcit.

“Bantuan tersebut secara langsung juga akan meningkatkan pengguna agregat dan membantu peniaga kecil, pengusaha pasar raya serta restoran,” katanya.

Sementara itu itu, Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin mempersoalkan saranan sekatan pergerakan yang bertujuan membendung penularan Covid-19.

Lockdown mungkin kawal Covid-19 tapi akan lumpuhkan ekonomi. Bila ekonomi lumpuh rakyat nak makan apa?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, adalah jelas Kadir merujuk kepada tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang memaklumkan kepada Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (Eurocham Malaysia) mengenai kemungkinan penutupan penuh ekonomi.

Menerusi surat pekeliling yang dibocorkan oleh ketua pegawai eksekutif Eurocham Malaysia, Sven Schneider, ia mengatakan kerajaan telah memberitahu bahawa Kementerian Kesihatan telah membuat "pendirian yang jelas mengenai hal penutupan ekonomi sepenuhnya".

Katanya, mereka diberitahu bahawa jika kadar jangkitan tidak berkurang, kerajaan akan mengumumkan penutupan/sekatan pergerakan ketat serta-merta selepas 4 Februari.

Mengulas lanjut, wartawan veteran itu berkata, dia mendapat mesej daripada seorang kawan yang balik kampung ke Kedah, baru-baru dan dimaklumkan bahawa ada orang kampung di Sik, Kedah yang kekurangan bekalan makannan.

Katanya, mesej berkenaan telah dihantar kepada seorang wakil rakyat yang sedang menyelidiki kes berkenaan.

"Saya balik ke Kedah. Ada orang kampung Di Kedah dalam daerah Sik dah minta beras untuk meneruskan hidup dalam musim PKP Di Kedah.

“Adab orang kampung. Mereka tak minta duit tapi mereka minta beras. Semoga pemimpin yang berada di atas turunlah ke bawah dan merasa sendiri keperitan rakyat.

“Jangan diceritakan tentang kelas pengajian yang patut dibuat dalam talian. Nak meneruskan ke langsungan hidup anak-anak pun perlu minta bantuan beras," tulisnya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Memang benar harga barang keperluan rakyat sedang meningkat tinggi menyebabkan rakyat golongan B40 dan M40 merasa keperitan hidup sekarang.

    Walaupun kita menyokong kerajaan PN, kita mahu kerajaan PN bertindak segera untuk mengatasi masalah kritikal ini sebelum rakyat kebuluran.

    Kita tidak boleh harapkan pemimpin pembangkan yang sibuk dengan agenda gila kuasa dan agenda peribadi sendiri. Mereka mungkin tidak peduli tentang kebajikan rakyat.

    Cukuplah 22 bulan !

    BalasPadam