Header Ads

ads header

Flash News

Usah politikkan proklamasi darurat - Ismail Sabri


Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi mengekang pandemik COVID-19 tidak seharusnya dipolitikkan dan konteks kepentingannya perlu difahami, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya proklamasi itu bagi memudah cara dan memperkasa segala tindakan kerajaan dalam mengawal penularan virus dengan membuat ordinan baharu tanpa perlu melalui proses penggubalan undang-undang di Parlimen yang mengambil masa.

“Bila kita isytihar darurat, kita boleh buat undang-undang di bawah ordinan darurat untuk tingkatkan kompaun. Contohnya, mungkin denda terhadap syarikat yang melanggar peraturan dinaikkan dan perkara itu sedang dikaji oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Undang-undang ini juga bertujuan mencegah berlaku kesalahan yang berulang. Sekiranya dinaikkan jumlah denda, mungkin individu atau syarikat akan berasa takut untuk mengulangi kesalahan sama,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.

Pada 12 Jan lepas, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas darurat pada hari sama menjelaskan bahawa jemaah menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan proklamasi darurat bagi seluruh negara menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, berkuat kuasa 11 Jan 2021 hingga 1 Ogos 2021.

Perkara 150(1) itu antara lainnya memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika baginda berpuas hati suatu darurat besar sedang berlaku menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam persekutuan sedang terancam.

Kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa di peringkat persekutuan dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaan darurat, malah jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat.

Ismail Sabri berkata penyediaan draf ordinan oleh AGC berjalan lancar dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat dan sebaik diumumkan, penguatkuasaan ordinan berkenaan adalah muktamad dan serta-merta.

“Peguam Negara akan draf cadangan (undang-undang) dan dibentang kepada Majlis Keselamatan Negara (khas untuk darurat). Kalau ordinan itu dipersetujui, ia akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Sejurus diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ia akan menjadi undang-undang,” katanya menjelaskan mengenai proses draf ordinan tersebut.

Ordinan membolehkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dipinda bagi membendung, meningkatkan keberkesanan termasuk meningkatkan penalti atau hukuman ke atas sesiapa yang melanggar undang-undang dan peraturan berkaitan, dan ia berkuat kuasa sepanjang tempoh darurat sahaja.

Ismail Sabri berkata AGC juga sedang mengkaji pelaksanaan undang-undang di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) iaitu bagi menyediakan penginapan kepada pekerja asing dengan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

“Banyak kes COVID-19 dilaporkan berlaku dalam kalangan pekerja kilang akibat isu perumahan yang sesak dan jangkitan mudah berlaku. Syarikat mahu untung besar namun kebajikan pekerja tidak dititikberatkan. Di bawah ordinan ini, kami mungkin akan berikan syarat atau arahan menyediakan perumahan selesa dan tindakan akan diambil sekiranya ingkar,” katanya.

Ketika ini, sebagai langkah mengurangkan jangkitan COVID-19, kerajaan juga mewajibkan majikan untuk memastikan pekerja asing yang digajikan mereka menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 1 Jan.

“Setakat ini, lebih 100,000 pekerja asing di sektor perkilangan telah menjalani ujian saringan dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyasarkan 880,000 pekerja asing di sektor ini selesai menjalani ujian saringan,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing sebelum ini dilaporkan berkata Perakuan Penginapan akan menjadi prasyarat kepada majikan yang berhasrat mengambil pekerja asing baharu berkuat kuasa 1 Julai 2021.

Katanya sebelum majikan membuat permohonan membawa masuk pekerja asing, majikan perlu mendapatkan Perakuan Penginapan daripada KSM bagi membolehkan Jabatan Imigresen mengeluarkan visa.

- Bernama





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Ada juga orang ya boleh berfikir dgn waras. Syabas Menteri yg buat kerja. Yang banyak komen sana sini tu yg tak ada kerja. Pagi, petang, siang, malam komen orang sebab pagi, petang, siang, malam tak ada kerja.

    BalasPadam
  2. PKP mula 13 januari.. darurat pun dah 2 minggu berlalu.. katanya nak fokus kat covid19 tapi tiada tanda2 kes akan turun.. jadi apa perlunya darurat nak mengekang covid sedangkan covid tak nampak surut.. bagus fokus kat sistem pkp atau pkpb yg lebih berkesan.. suruh buat pkp sepenuhnya taknak sbb takut kerajaan kene keluar duit beri bantuan kat rakyat lagi.. kerajaan dah takde duit.. dulu berlagak kata kononnya kerajaan byk duit.. sekarang nampak jelas dah kerajaan tak buat kerja dgn betul.. kalau PH memerintah dah lama dah kena maki sbb kes tak turun tapi pasal kerajaan PN ni kononnya kerajaan melayu Islam maka penyokong2 senyap sunyi simpan rasa tak puas hati bawah ketiak.. masa nak isytihar darurat kemain kata utk kawal pandemik.. tapi tak nampak sikit pun tanda2 kejayaan.. makin ramai meninggal adelah.. lepas tu mula nak salahkan rakyat tak ikut SOP.. abis tu yg menteri2 yg kene covid tu baik pecat je sbb mereka kene covid mesti pasal tak ikut SOP.. kalau ikut mesti tak kene.. nampak sgt darurat tu saje nak kekalkan kuasa.. malulah kerajaan "melayu Islam" kalau tumbang tak sampai setahun memerintah.. ni pun nasib dapat memerintah sbb dapat ehsan YDPA.. kalau tak dah ranap dah..

    BalasPadam
  3. ini kan jalan untuk mengurang kan pandemic , ingat lagi x yang kes kt sabah , orang politik jugak yang kena

    nak share saya ada jumpa website menyediakan barisan s.a proton , boleh tekann link ini

    https://proton.my/

    BalasPadam