Header Ads

ads header

Flash News

Apa lagi Tok Lebai mahu?



KADANGKALA saya cukup simpati dengan kedudukan PAS. Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kedudukannya dalam kancah konflik antara UMNO-PPBM, tersepit di tengah-tengah. Serba salah.

Dituduh macam-macam oleh musuh-musuh politik, dalam usaha untuk merapatkan ukhuwah antara UMNO dan PPBM. Sedangkan masalah yang timbul antara UMNO-PPBM, bukan ditimbulkan oleh PAS. Semuanya angkara sesama mereka sendiri.

Dalam kata lain, UMNO gagal dalam usaha untuk mentarbiyyah pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya. Saya tidak kata PAS berjaya sepenuhnya. Tetapi masalah dalam PAS tidaklah seteruk dalam UMNO.

Sekurang-kurangnya, selepas PRU14, tidak ada wakil rakyat PAS yang melompat, berbanding UMNO. Di sinilah hebatnya tarbiyyah PAS.

Dalam konflik UMNO-PAS, PAS cuba menjadi orang tengah untuk menyatukan. Dituduh dan dihina macam-macam, terutama Tuan Guru Presiden PAS. Apa lagi yang Tuan Guru mahu dalam hidupnya, seperti juga Almarhum Tuan Guru Nik Aziz?

Pada hemat saya, antara penyumbang kepada semua masalah ini semua datangnya daripada UMNO.

UMNO sudah jauh berubah. UMNO tidak lagi seperti UMNO yang seperti ditubuhkan pada zaman dahulu. UMNO sudah lari daripada perjuangan dan landasan asal. Saya mohon maaf jika andaian saya ini salah. Tetapi itulah hakikatnya.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana UMNO dahulu, pemimpinnya sanggup korbankan diri untuk parti.

Kini, keadaan sudah jauh berbeza. Ada sebahagian yang sanggup korbankan parti untuk kepentingan diri.

Apa akan jadi dengan ketuanan agama dan bangsa majoriti Bumiputera yang diperjuangkan selama ini?

Dalam kekalutan politik negara, tiada siapa boleh menafikan tentang pentingnya menyelamatkan ketuanan agama dan ketuanan Bumiputera. Secara tradisinya ia dipimpin oleh kaum Melayu.

Begitupun politik Melayu terus dilanda, bukan sahaja dalam cawan serta piring. Bahkan mejanya pun boleh retak.

Orang Melayu bahkan rakyat Malaysia terjebak dan dijebak untuk menjadi “battle of the king” antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim selama lebih 20 tahun.

Dari BN, PH dan kini PN. Dari gerak gempa politik Melayu, pengalaman dan kemajoritian UMNO sehingga sekarang susah dinafikan. Pasang surutnya itu adat, jika mahu diambil pengajaran untuk peremajaan semula.

Selepas PRU14 terutamanya, UMNO berada dalam keadaan kedudukan yang paling lemah. Namun, gerak gempa ini seakan beristirahat, apabila Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan.

PAS yang begitu sinonim dengan Tuan Guru Hadi Awang, ikhlas cuba melupakan lukanya yang dalam dan panjang dianaktirikan UMNO yang sedar tidak sedar telah begitu lama menggadai ketuanan Melayu demi mengemis fatamorgana “Ketuanan BN” yang digula-gulakan oleh rakan-rakan parti komponennya.

Apatah lagi kemunculan Tok Mat yang sejenak menarik sokongan penyokong atas pagar Melayu dan bukan Melayu. Kecuali ultra kiasu dan penjilatnya yang kononnya melihat bangsa dan haknya tiada nilai dalam Islam.

Dalam masa yang sama Najib Razak yang telah kecundang tetapi mewarisi jiwa besar ayahnya Tun Razak.

Najib Razak rela untuk tidak memimpin UMNO selepas PRU14. Mungkin beliau telah sedar ‘kesilapan’ yang dilakukan selama ini.

Begitupun Najib Razak menjadi Lone Ranger Malaya, “Bossku’ yang tidak ubah sepertii watak P.Ramlee yang memburu pembunuh isterinya dalam filem “Enam Jahanam”.

Akhirnya dengan kesabaran MN, ribut dalam cawan dan piring seakan berlalu, sebaliknya meja PH yang bergegar dek kerana usaha mematahkan kaki meja yang ada Akhirnya, meja utopia PH diruntuhkan oleh sesama mereka sendiri.

Dalam kekalutan itu muncullah PAS, dipandu jiwa politik kenegaraan Tuan Guru Hadi Awang, berusaha menyatukan wadah politik Melayu dengan jenama yang disebut PN. Masing-masing berjiwa besar. Seolah-olah telah bertaubat. Alhamdulillah

UMNO yang sejenak melupakan ia sebagai pemegang kerusi terbanyak. PPBM bertindak sebagai elemen penentu dalam memastikan gabungan PN cukup untuk memerintah.

PAS muncul sebagai “punching bag” abadi politik Melayu, berfungsi menjadi orang tengah berdamai, demi mengurangkan impak pandemik COVID 19 terhadap agama, bangsa dan negara.

Sejenak fajar perpaduan menyinsing, pemimpin politik Melayu seakan tidak serik, tidak belajar daripada sejarah, seolah-olah hilang pedoman, terpancing kuasa. Sekali lagi, kuasa menjadikan Melayu mudah lupa….alpa…

Maka, kini ribut melanda semula, cawan, piring, meja dan mungkin rumah pun bakal runtuh berantakan. Oh Malangnya bangsa ini, malang sungguh negara ini. Nampak masalah depan mata, tetapi disebabkan oleh percaturan kuasa. Mudah sangat mereka lupa atau sengaja buat-buat lupa.

Justeru, sekali lagi PAS adalah “punching bag”, berjaya pun dinista, gagal apatah lagi dicerca. Sedangkan wataknya sekadar orang tengah. Tiada siapa yang mahu tahu, apa yang PAS mahu. Diberi tanggungjawab diambil, dinafikan pun terkebil-kebil.

UMNO mahu ini, PPBM mahu ini, begitulah perbincangan dan kesudahannya. Yang malu-malu menunjukkan kemahuannya cumalah PAS.

PAS, khasnya Tuan Guru Hadi Awang adalah pihak yang sedar diri dan sehabis mungkin cuba meraikan kawan sehingga makan hati.

Atas dasar itu, PAS sentiasa dilihat naif walaupun memainkan peranan yang besar.

Lebih malang lagi, jentera PAS pun, kadangkala sering hanyut dengan permainan parti kawan dan lawan, seolah-olah gagal mencanangkan watak negarawan presidennya.

Kecekalan pemimpinnya, Tuan Guru Hadi Awang yang mempunyai pelbagai gagasan besar dari kerajaan perpaduan, kerajaan teknokrat, negara berkebajikan dan lain-lain seolah tidak difahami atau mahu difahami oleh pengikutnya dengan alasan yang hanya Tuhan yang tahu.

Entah-entah masing-masing sedang mengintai faraidnya.

Namun, dalam diam dan tenang, Tuan Guru Hadi Awang seolah sayu menyatakan “damailah politik bangsa, damailah demi rakyat yang susah di bawah sana, damailah demi generasi anak muda”. Itulah yang selalu saya dengar dalam wacana demi wacana.

Tuan Guru berpesan, usah lagi ribut mengejar pangkat dan harta, membilang kerusi dan meja, mencatur siapa yang bakal berkuasa, menghitung kroni mana yang dapat laba.

Damailah agar kita semua tidak mendapat celaka dari ultra kiasu yang menunggu masa. Dalam renung matanya tentu ada kecewa, puluhan tahun melayari politik negara, “battle of the king”, apa yang dia tidak rasa.

Tuan Guru sanggup lupakan, peminggiran UMNO terhadap PAS ketika mana berkuasa.

Bukan mudah untuk Tuan Guru melupakan semua itu, jika tidak ada agama dan negara dalam jiwanya. Tuan Guru Hadi Awang seolah merenung pengikut dan ingin bertanya kepada pengikut, kawan dan lawan, “apa lagi yang kamu mahu?” walaupun ia seolah tidak pernah ditanya dan diendahkan ” Apa yang Tok Guru Mahu”?

Itulah watak seorang Tuan Guru yang mahukan agama, bangsa dan negara terdaulat di bumi bertuah ini. Malangnya, semua ini tidak dapat dibaca oleh mereka yang gilakan kuasa.

Katakanlah apapun kepada Tuan Guru, cerca dan nista, saya masih yakin Tuan Guru, masih ikhlas berbanding pemimpin lain. Tok Lebai pasca Marang ini, tidak ada apa lagi dalam kehidupannya, melihat untuk memastikan umat Islam dan Bumiputera kuat sebelum menutup mata.

Umatku…bangunlah sebelum terlambat. Sebelum nasi menjadi bubur, kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya lagi kerana bubur tidak akan bertukar menjadi nasi.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


15 ulasan:

  1. TERBAIK PROFF...

    BalasPadam
  2. Setuju dgn Prof 101%

    BalasPadam
  3. Prof Ridhuan Tee.
    Terimakasih ke atas sokongan Tuan terhadap PAS.

    Kalau nak tahu apa yang PAS mahukan senang aje :
    Baca dan fahamkan surah Al Baqarah dari awal sampai akhir.
    Setiap perkataan dan ayat , sila hadam lumat lumat. Jangan teruskan membaca ayat ke 2 selagi tak faham ayat pertama. Jangan baca ayat ke tiga selagi tak faham ayat kedua. Dan seterusnya sampai habis.
    Di situlah misi san visi PAS.

    BalasPadam
  4. Bila dipimpin oleh orang yg tak betul,inilah jadinya.guna agama,guna kaum,guna ketuanan..
    Sudah Tiba masanya Malaysia dipimpin oleh orang yg berkualiti,jujur Dan amanah.bukan utk kepentingan diri.guna agama sebagai panduan bukan untuk kepentingan politik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kualiti termasuklah mereka yang tak tipu ijazah. Ingat ye geng mana yang buat gitu.

      Padam
  5. Dari dulu sampai sekarang muka Yang sama MP.macam Malaysia dah takda generasi muda yg cerdik pandai.kalau Dalam kerajaan umur 60 dah boleh pencen,tapi ahli politik Kita lebih 60 pun sibuk nak berpolitik.
    Berilah peluang kepada generasi baru terajui kepimpinan negara.
    Yg UMno dok sibuk dgn ketuanan melayu,yg PAs dok sibuk sapa tak sokong Pas,boleh jadi kafir.MCa sibuk dgn kaum cina,mic sibuk dgn kaum India.pastu tanamkan perasaan memperkecilkan bangsa pada kaum masing2.tak ke bodoh namanya.guru kat sekolah bersusah payah ajar sikap kekitaan tapi ahli politik dok subur sikap berprasangka buruk antara kaum.
    Cukup2 lah.sampai bila Kita harus perangai sedemikian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak sangat kamu ni sangat hingusan bab agama dan politik ibarat seperti ketam yang menyurus anaknya berjalan lurus..dalam Islam diajar berpolitik sampai mati,bukannya dah hampir mati baru nak berpolitik.Agama Islam meliputi semua yang ada dalam kehidupan dan tiada satupun kehidupan yang tiada berkait atau terkecuali dengan agama.Kamu juga mereka reka fitnah tidak sokong pas jadi kafir. Ntah dari mana kamu kutip sumber atau kamu ada bukti bahawa pernah ulama atau presiden pas yang pernah sebut begitu.Mungkin kamu dapat wahyu syaitan dari langit barangkali.Kamu mungkin tidak tau antara batas batas iman dan kufur jika kitab rujukan kamu sekadar medsos MK. Kamu mungkin tak pernah belek kitab Al Quraan dan hadis yang memperingatkan umat sentiasa berwaspada tentang tipudaya syaitan,orang orang musyrik,yahudi dan munafiq dan Allah memerintah berpegang teguh dengan Islam dan jangan bercerai dari ajaran Islam. Dalam perlembagaan pas semuanya digarap sama haluan dengan kehendak Al Quraan dan Hadis. Andaikata ada orang orang pas yang tidak compliance dengan pas maka bukanlah bererti silap pas tapi yang silap adalah orang itu sendiri sepertimana umat Islam tidak compliance dengan Islam maka bukanlah bermakna itu silap Rasulullah dan Al Quraan ,tetapi manusia itu sendiri yang sombong menerima kebenaran atau telah terpedaya dengan syaitan,orang orang kafir,nafsu,kaum nasara dan yahudi,munafiq.Kesimpulannya kebencian kamu terhadap pas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam diri kamu kerana kamu tidak tahu ajaran kitab perlembagaan pas dan juga mengenal Islam hendaklah melalui Al Quraan dan Hadis.Kamu berfikir politik liberal boleh atasi permasaalahan politik semudah ABC sedangkan kamu lupa bahawa politik itu berkait rapat dengan agama,demografi dan sosial yang membatasi persamaan dan keadilan. Lihatlah nilai liberal anutan parti pujaan kamu seperti pkr dan dap yang akhirnya rakyat dikencing dengan janji hancing,gila nombor jawatan PM,bergaduh,lompat parti,rasuah dan pelbagai kepincangan sedangkan kamu enggan mengakui bahawa lebai tiada unsur unsur gila berkenaan

      Padam
    2. UTK SANI....P. Ramasamy menjelaskan, pendirian itu diputuskan selaras dengan keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang yang tidak mahu sebarang upacara yang memerlukan rakyat berkumpul atas faktor keselamatan bagi mengawal penularan wabak COVID-19.
      backup_ads

      Ramasamy menegaskan, keselamatan rakyat khususnya penganut Hindu menjadi keutamaan pihaknya buat masa ini kerana kes jangkitan pandemik COVID-19 masih tinggi.
      Bagaimanapun, jelas beliau, penganut Hindu tetap boleh menyambut perayaan tersebut di rumah masing-masing sesuai dengan situasi semasa.

      INILAH LIDAH KELING dan KONCO2NYA...SEMINGGU HENTAM MB KEDAH DAN PAS...AKHIRNYA BATALKAN JUGA TAKUT MAMPUS DITELAN DEWA covid....porahhh

      KELING KELING MIC DAN DAP kutuk KEDAH juara perpecahan hilang sokongan keling tiada semangat harmoni dan perpaduan serta ISLAM melampau RASIS...AKHIRNYA MENELAN MUNTAH BERAK mereka sendiri...SANI masih menyalahkan LEBAI.

      Padam
    3. Kau nak orang muda discoman playboy macam Sayyid Saddiq tu memerintah negara ?
      Over my dead body.

      Padam
  6. AsSalaam Prof.,
    Apapun pandangan prof. itu sekadar your own persepsi je...... UMNO tetap the best, sebab itu ditaqdirkan Umno memerintah selama lebih 60 tahun.
    ���������� ........kalau hendak yg sempurna memang tiada, hanya Allah yg Mana Sempurna !

    Wassalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. UMNO tiada sejarah memerintah negara atau negeri selama 60 tahun walaupun ia merupakan parti yang tertua.Tiada sejarah lambang parti keris telanjang bertanding bagi mengukur mandat rakyat atau UMNO pernah memenangi mana mana PRU atau PRK. Yang memerintah hanyalah kerajaan BN atau perikatan dan tidak pernah ditulis dalam mana mana sejarah kerajaaan UMNO memerintah. Jadi apa yang ditulis oleh prof ini adalah satu realiti,bukan perspeksi. Jika di semenanjung,PAS satu satunya parti tunggal yang berjaya memerintah negeri atas tiket parti iaitu di Kedah,Kelantan dan Terengganu.

      Padam
  7. "king" jika ditranslat ke bahasa melayu bermaksub raja atau penguasa atau pemerentah tapi dalam kontek tulisan diatas lebih sesuai bermakna "sang rakus/kemaruk dan gila kuasa". berharap kepada menyokong2 mahadir dan anwar jangan tersalah anggap "king" didalam petikan berikut:
    “battle of the king” antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim,
    "king" disini adalah bermaksub "sang rakus/kemaruk dan gila kuasa", mereka berdua adalah sama rakus/kemaruk dan gila kuasa, dr. mahadir cara dia sendiri(googlelah sendiri) dan anwar apa yang telah dilakukan dahulu(googlelah sendiri) dan sekarang( (googlelah sendiri).

    berkenaan dengan tajuk "Apa lagi Tok Lebai mahu?", satu kata sindiran siapa makan padi dia yang terasa pedas ditujukan kepada puak desparado umno dan pn/mn

    BalasPadam
  8. niat pas untuk menyatukan umno+ppbm+pas adalah sangat baik. semua kita org m elayu mahu supaya melayu islam bersatu,,tp jika ada sebahagian melayu yg masih nak bersekongkol dgn kafir dap,,lantak lah. Namun,,pas telah dipermainkan oleh ppbm yg tiada kekuatan akar umbi. ppbm menang beberapa kerusi pada pru 14 adalah ketika bersama ph. Sekarang, ppbm sudah keluar ph, kemungkinan satu kerusi pun mereka tak boleh menang pd pru 15 nanti. Oleh yg demikian, kerusi yg akan diberikan kepada ppbm terlalu sedikit pd pru 15 nanti, kerana umno sudah tentu tidak akan beri kerusi kpd ppbm ditempat yg didominasi umno. Apatah lagi kerusi umno yg lari ke ppbm selepas pru 14. Jadi, ppbm guna pas untuk main tarik tali dgn umno.Maka pas , tanpa berbincang dgn umno, pas sertai PN. Ketika ini, timbul masalah. Kiranya pas kekal bersama MN sahaja,,sudah cukup kuat untuk memenamgi pru15 bersama umno,,adapun ppbm,,mereka tetap akan sertai muafakat pas dan umno,,cuma mereka sertai dgn kesedaran mencermin diri. Ppbm tidak akan tikam belakang umno,,maka permainan jadi cantik. pas,umno dan ppbm dapat agoh kerusi dgn cantik,,tiada demand2,, masing2 boleh ukur kekuatan masing2 dan mendapat kerusi yg sepatutnya. Harini,,bila pas dan ppbm bersama PN, maka ppbm akan guna pas sebagai tiket untuk minta kerusi yg banyak, dan paling tidak boleh diterima lojik akal,,kerusi asal yg dimenangi oleh umno, kemudian lari ke ppbm pun, ppbm minta juga, tidak termasuk dikerusi2 lain,,ini yg nenyebabkan umno marah. jgn hanya nampak umno bersalah, tamak, tak sedar diri dll tuduhan. ppbm tak tamak ka? pas sertai pn tak salah ka? pas bukan maksum pun...pas bertahaluf siyasi dgn kafir dap tu betul ke?

    BalasPadam
  9. Umàt melayu Islam patut kembali bersatu...
    Àpa pun jangan sekali kerajaan Hari jatuh kePH, yg mana ramai pemimpin Dari kaum India yg jadi pemimpin kpd umàt melayu ..,mana maruah kaum melayu sebagai majoriti dibumi melayu ini...
    Lihatlah bila terlihat diparlimen bila mereka teramai sikit...saolah mereka2 ini dah jadi kaduk Naik junjung...
    Umàt melayu Islam usah lagi terlalu baik, terlalu bertolak ansur, terlalu muhibbah.. umàt melayu perlu bersikap perkaumnan spt mana mereka rasist dgn kaum mereka...
    Buat baik biarlah berpada2..

    BalasPadam