‘Perlakuan seksual tak bermoral’ Anwar dorong saya tinggalkan PKR, kata Azmin
PETALING JAYA: Bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa ‘perlakuan tidak bermoral’ Anwar Ibrahim antara punca mendorongnya meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM.
Dalam jawapannya terhadap saman dikemukakan pengundi Gombak terhadapnya berkata beliau akan mengemukakan bahan bukti yang tidak pernah didedahkan kepada umum ketika perbicaraan kes itu kelak.
Pengundi terbabit mendakwa beliau melanggar tanggungjawab fidusiari dengan menyertai PPBM, seterusnya mengakibatkan kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020.
Azmin berkata keputusan itu dibuat selepas menganggap Anwar tidak layak memimpin PKR atau menjadi perdana menteri seterusnya.
Beliau memetik beberapa dakwaan kuat terhadap Anwar membabitkan amalan seksual yang tidak bermoral sebagai seorang Muslim.
Azmin berkata, dua individu iaitu Mohammed Yusoff Rawther dan Aidil Azim Abu Adam mendedahkan mereka ‘mangsa’ perlakuan yang tidak bermoral itu.
“Dakwaan salah laku seksual dibuat terhadap Anwar sejak beliau kembali memimpin PKR,” katanya.
Anwar menafikan semua tuduhan salah laku seksual itu, manakala Aidil Azim kemudian mendakwa dimanipulasi untuk mengatakannya.
Azmin turut mendakwa Anwar menyebabkan perbalahan dalam kalangan
pemimpin PH kerana sering mendesak mereka menjadikannya perdana menteri
secepat mungkin
“Saya sudah tidak lagi mampu kekal dengan PKR dan PH kerana ada perbalahan berhubung pangkat PM antara kami, dan ini tidak boleh diselesaikan secara baik,” katanya.
Azmin menambah beliau teguh memegang pendirian bahawa Dr Mahathir Mohamad patut terus memimpin Malaysia.
Azmin juga berkata PH ‘goyah’ selepas Anwar dibebaskan dari penjara dan memasuki semula arena politik, susulan PH mengambil alih pentadbiran persekutuan.
“Sejak itu beliau menunjukkan sifatnya yang sebenar iaitu keinginan menjadi perdana menteri, dan bukannya agenda reformasi yang diperjuangkan selama ini,” tambahnya.
Azmin turut mendakwa pengampunan Anwar yang diberikan selepas 9 Mei 2018 adalah ‘cacat’ kerana tidak cukup anggota dalam Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan untuk mendengar rayuan itu.
Tambahnya, beliau akan menghubungi Yusoff dan Aidil untuk memberi keterangan bagi pihaknya apabila kes saman oleh pengundi terbabit dibicarakan kelak.
“Saya akan mengemukakan bahan bukti yang tidak pernah didedahkan kepada umum ketika perbicaraan kelak,” katanya.
Sepuluh pengundi itu meminta perisytiharan bahawa Azmin, sebagai pemegang amanah, mempunyai kewajipan fidusiari sebagai wakil rakyat.
Mereka juga menuntut perisytiharan bahawa Azmin melakukan penipuan terhadap mereka dan telah melanggar sumpah perlembagaannya di bawah Artikel 59 (1), dibaca bersama Jadual 6 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif mendakwa Azmin menyebabkan kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020 apabila bergabung dengan PN, termasuk Barisan Nasional dan orang yang diakui Azmin sendiri “terbabit dalam amalan rasuah”.
MR : Azmin sukar dihadapai oleh Anwar dan PKR, itu hakikatsila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
anuar patut berhenti dari dunia politik...takdir dirinya memustahilkan utk jadi PM...anuar hanya ada cita2 peribadi bukan utk kepentingan rakyat....Tuhan pasti terus menghalang utk anuar jadi PM....hanya Tuhan yg tahu kenapa anuar tdk boleh jadi PM...
BalasPadamSetuju
Padamberani juga azmin bercerita tentang moral, nak tunggu anwar bercakap pasal moral dan akhlak
BalasPadamKah355x!
BalasPadamBila tukang semburit citer pasal moral. Sian haziq. Mana dia skrg?
Haziq? Tanya la SUP Anwar. Dia lebih tahu kut.
Padamsaya tetap sokong azmi ,anwar terlalu berharap nak jadi perdana menteri , hanya mimpi
BalasPadam