Header Ads

ads header

Flash News

Menteri air kecewa, harap wanita buang sampah insaf



Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kesal ke atas sikap individu yang dirakam membuang sampah dari kereta ke sungai seperti tular di media sosial sejak semalam.

Katanya ketika kementeriannya giat melancarkan kempen menjaga kebersihan sungai, masih ada segelintir orang enggan menjayakannya.

Menurut timbalan presiden PAS itu lagi tindakan golongan terbabit sebenarnya tidak mempedulikan kebersihan sumber air yang ada.

"Saya ingin melahirkan rasa kecewa di atas sikap yang ditunjukkan.

"Dalam usaha kementerian melancarkan kempen menjaga sungai, masih ada segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan kebersihan sumber air kita," katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Terdahulu video berdurasi 20 saat itu memaparkan tindakan dua wanita menjengar melalui tingkap sebuah kereta sebelum melemparkan bungkusan sampah ke arah sungai ketika mereka melalui laluan berkenaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah jambatan di Kelantan dan individu berkenaan juga menaiki kereta bernombor pendaftaran negeri itu.

Sehubungan Tuan Ibrahim berharap pelaku perbuatan itu dan tampil memohon maaf atas perbuatan buruk tersebut.

"Pelaku seharusnya insaf dan diharap dapat memohon maaf atas sikap buruk yang ditunjukkan itu.

"Terima kasih juga kepada yang membuat rakaman," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian, Kelantan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan