Najib Dalang Di Sebalik Surat Gesa Sidang Khas Parlimen?
Anwar bersama PH akan mencabar proklamasi darurat di Mahkamah.. dalam masa yang sama UMNO pula menggesa semua Ahli Parlimennya untuk bersetuju mendesak sidang parlimen khas diadakan berhubung proklamasi tersebut..
Suratan?.. Kebetulan?.. atau memang dah dirancang?
Sebenarnya..
siapakah dalang dalam UMNO yang bersungguh-sungguh mahukan satu sidang
Khas Parlimen berkenaan proklamasi darurat diadakan dan apakah
tujuannya?
Kehendaknya itu selari benar dengan apa yang hendak dilaksanakan oleh Anwar...
"SUA UMNO menulis kepada MP dan memberi masa kurang dari 24 jam untuk menyatakan persetujuan menggesa YDP Agong memanggil sidang parlimen, kononnya di bawah perkara 150(3) Perlembangaan Persekutuan."Elok SUA UMNO itu rujuk constitutional expert (pakar perlembagaan) supaya kelihatan lebih cerdik hal undang-undang," ciap Annuar di Twitternya.
Annuar juga dilaporkan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan
sebagai percubaan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang
berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.
Selain Annuar, Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said yang juga
Timbalan Speaker Dewan Rakyat menolak surat gesaan itu dengan alasan
dirinya berpegang teguh kepada demokrasi berparlimen.
"Ia wajar ditekankan bahawa fasal 14(1) ordinan yang baru saja dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini memperuntukan bahawa Parlimen hanya boleh dipanggil sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di- Pertuan Agong."Oleh itu, pada hemat saya, kebarangkalian Yang di-Pertuan Agong memanggil satu persidangan Parlimen dalam masa terdekat ini ataupun membatalkan proklamasi dan ordinan tersebut sama sekali sangatlah tipis."Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, maka dengan segala hormatnya saya menolak dan tidak bersetuju dengan permohonan persetujuan ke atas isu tersebut seperti mana yang diminta oleh YB Pontian melalui surat 18 Januari 2021," katanya..
... Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.
Menurut sumber yang rapat dengan UMNO, bekas presiden parti itu berbuat
demikian untuk membolehkan usaha-usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dapat terus dijalankan demi menaikkan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang
baharu.
"Malangnya, usaha Najib itu gagal selepas 35 ahli Parlimen BN tidak
bersetuju dengan langkah tersebut yang dilihat 'menderhaka kepada Agong'
manakala hanya tujuh Ahli Parlimen yang bersetuju," katanya.
Demikian menurut sebahagian laporan yang dipetik dari Astro Awani
Gerakan untuk mencabar proklamasi itu telah diperincikan dan didedahkan oleh sebuah portal dipercayai milik ahli UMNO...
1.
Pada 18 Jan 2021 Bosku telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa
orang Ketua UMNO Bahagian di Bilik Mesyuarat Barisan Nasional (BN),
Tingkat 8, Menara Dato’ Onn, PWTC, KUALA LUMPUR.
2.
Seramai lebih kurang 12 orang yang terdiri dari Ketua-Ketua UMNO
Bahagian pro Bosku telah ada disitu seperti Dato’ Seri Tajudin Abd
Rahman, Tan Sri Mohamed Fatmi Che Salleh , Dato’ Johan Abd Aziz , Dato’
Yahya Mat Ghani, Dato’ Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Hamidi Mohd Noh
Peguam UMNO.
3. Perbincangan berkisar untuk
mencabar Proklamasi oleh YDP Agong berhubung Akta Darurat Perkara 150
Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan yang di titahkan untuk dilaksanakan.
Bagi kluster Bosku dan Zahid mendakwa apa-apa ordinan yang dimasyhurkan
hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen iaitu Dewan
Rakyat dan Dewan Negara.
4. Dalam masa yang
sama Bossku turut mengadakan perbincangan di Pejabat Dato’ Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi, Presiden UMNO di Tingkat 38 . Semasa disini perbincangan
kepada isu yang sama yang mahu gerakan dibuat untuk mendesak Darurat
ditamatkan. Sekali lagi Ketua- Ketua Bahagian akan digunakan untuk
menggerakkan hasrat kluster Mahkamah dan Kluster menyokong Anwar dan DAP
ini. Ketua- Ketua Bahagian UMNO diseluruh negara akan dijadikan balaci
untuk mencapai matlamat menderhaka titah Agong ini.
5.
Presiden UMNO melalui Ahmad Maslan telah mengeluarkan satu surat kepada
semua AP UMNO dan Ketua- Ketua Bahagian untuk ditandatangani sebagai
sokongan bagi membatalkan proklomasi darurat untuk dihantar kepada SPB
YDP Agong dan mendesak supaya diadakan sidang Dewan Rakyat.
6. Semua ini adalah untuk terus menekan dan
menumbangkan Mahyuddin PM yang mengetuai Kerajaan Melayu Islam ini bagi
menggantikan dengan Kerajaan yang dipimpin Anwar bersama DAP dan jajaran
baru bersama parti-parti dalam PH.
7. Gerakan
ini digerakkan selari dengan gerakan yang sedang dibuat oleh Anwar
bersama DAP dan Pakatan PH yang akan membawa Proklamasi ini ke mahkamah
untuk diputuskan supaya dibatalkan oleh Mahkamah. Parti Amanah melalui
Salehudin Ayub secara terang-terang menyangkal Proklamasi Darurat oleh
YDP Agong ini dan media sosial mereka melaksanakan viral membangkitkan
sentimen rakyat bagi menentang Proklamasi ini.
8.
Pemimpin Kluster Mahkamah dan Ketua-Ketua Bahagian penjilat Bosku dan
Zahid ini telah giler dalam berpolitik. Mereka ini nak bawa UMNO kemana
sekarang.? Lagi lama mereka disitu makin parah UMNO dikacata mata
pengundi. Kalau mereka masih disitu semasa PRU, alamat UMNO akan bungkus
lagi. Tindakan mereka sekarang telah sampai kepenghujung pengkhianatan
iaitu derhaka dan ingkar kepada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu.
9.
Apa lagi yang Ketua-Ketua Bahagian tunggu. Simpati tidak akan
menyelesaikan masalah parti. Bebaskan dari Bosku dan Zahid. Mereka sudah
sampai ketahap derhaka pada Raja-Raja dan Perlembagaan negara.
Maklumat lain sila baca di SINI
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Aku tak tengok dia yang jadi mentor
BalasPadamTapi aku tak tolak
sumber Astro Awani...pastu MKini....dari mlm pertama UMNO tumbang hingga kini tak berhenti usaha dilakukan untuk memburukkn UMNO...Tahniah..kerana dua2 sumber ini tidak boleh dipercayai...
BalasPadamPandai najib nak sabotaj kerajaan Hari ini...kenapa berkuasa dulu Tak buat kerja2 betul, tdk rasuah, tdk curi duit kerajaan, tdk jaga rakyat dgn baik...dulu kenapa tindas rakyat, buat GST zalimi rakyat..?
BalasPadamNàjib oi usah berlagak baik...berbilion tlh Kau songlap...negara lingkup, mundur 15tahun kebelakang kerana najib. Nàjib pemimpin paling tdk berkebolehan pernah diahirkan oleh Malaysia...berbanding pemimpin negara asean yg lain ..
Mohtar ni memang terkenal dgn Pak Ratib Najib. Anak didik atok. Mcmne atok ratib nama Najib, mcm tu lah mohtar ratib nama Najib. Ke org yg sama?
Padamhaha.. betul la tu tuan.. meroyan x tentu pasal.. moktar ke mahadir ni... kuat betul pengaruh najib kt diorg..
Padam