Sepupu Khabib menang pada penampilan sulungnya di UFC
SEPUPU kepada bintang MMA, Khabib Nurmagomedov iaitu Umar Nurmagomedov meraih kemenangan pertamanya di UFC, malam tadi.
Umar menundukkan lawannya, Sergey Morozov dari Kazakhstan menerusi kuncian rear naked choke pada pusingan kedua minit 3:39 dalam acara UFC Fight Night: Chiesa vs Magny di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pusingan pertama menyaksikan kedua-dua petarung mempamerkan aksi yang seimbang, dengan teknik serangan diselang-selikan dengan beberapa cubaan take down.
Namun, pada pusingan kedua, Umar melancarkan tendangan padu ke bahagian kepala Morozov yang ternyata melemahkan lawannya itu.
Kesempatan itu diambil oleh Umar untuk mengasak lawannya sebelum mengenakan kuncian dari belakang, sekali gus memaksa Morozov menyerah kalah.
Berusia 25 tahun, petarung kelahiran Dagestan, Rusia itu sebelum ini pernah beraksi dalam beberapa promosi MMA termasuk Professional Fighters League (PFL) dan Gorilla Fighting Championship (GFC).
Seperti Khabib, Umar mempunyai rekod profesional tanpa kalah dalam 13 pertarungan yang ditandinginya termasuk pertarungan yang terbaharu ini.
Umar
yang bertarung dalam divisyen bantamweight, menjalani latihannya di
Eagles MMA, Rusia dan di American Kickboxing Academy di San Jose,
California, Amerika Syarikat.
- Astro
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan