Header Ads

ads header

Flash News

Pelajar SMK Petra Jaya jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah pada hari pertama kelas


KUCHING:
Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya dalam kejadian pagi tadi, sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Ketua Polis Kuching, Awang Din Awang Gani, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 7 pagi tadi mengenai insiden yang menimpa pelajar tingkatan lima itu.

“Mangsa juga telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut oleh pihak ambulans yang tiba di tempat kejadian.

“Setakat ini, kes masih dalam siasatan polis dan kecederaan sebenar mangsa yang merupakan pelajar aliran sains itu masih belum diketahui dan kami masih menunggu laporan penuh doktor,” katanya.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan