Header Ads

Header ADS

Perikatan Nasional ini perlu dibina - Ahmad Yakob


KOTA BHARU:
Pas menyerahkan kepada keputusan pimpinan parti berhubung hubungan dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya bersedia menerima apa jua arahan yang bakal diputuskan pucuk pimpinan parti.

"Kita merujuk kepada (perjanjian) MN dan kita rujuk kepada para pimpinan kita. Apa-apa arahan kita terima.

"Kita bersyukur kerana selepas 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah, dalam keadaan yang kita lihat telah memberi kesan yang besar kepada orang Melayu dan kedudukan Islam, bila dapat bertukar (kepada Perikatan Nasional), itu satu rahmat kepada kita.

"Jadi kita kena bina ini (PN)," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat kepada Kakitangan Penjawat Awam Negeri di Wisma Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Kenyataan Ahmad itu merujuk kepada permuafakatan dalam kerajaan PN yang perlu dipertahankan kerana ia memberi manafaat kepada rakyat.

Pas katanya bersyukur selepas 22 bulan PH mentadbir, wujud satu kerajaan bersama yang boleh membela nasib rakyat.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Jaga Pn lebih baik dari jaga Mn sb umno x boleh pecaya dalm MN
    Umno nak kuasa bukan nya nak jaga rakyat

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.