Header Ads

Header ADS

"Tiada komen, ini tempoh bertenang" - Annuar Musa


KUALA LUMPUR:
Tan Sri Annuar Musa menggambarkan situasi semasa dalam parti sebagai tempoh bertenang bagi dirinya selepas beliau digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

“Ramai yang minta komen. Saya tiada apa komen buat masa ini. Tempoh bertenang..,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu menerusi Twitter.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai pemecatannya sebagai Setiausaha Agung BN pada Selasa.

Dalam hantaran di akaun media sosialnya itu, Ahli Parlimen Ketereh itu turut memuat naik gambar perbualannya bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi WhatsApp selepas menerima khabar tentang pemecatannya.

“Saya diberitahu oleh media, saya dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Setiausaha Agung Muafakat Nasional.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan berkhidmat di kedua-dua jawatan tersebut sebelum ini,” tulis Annuar kepada Zahid.

Menurut sumber UMNO, keputusan untuk menggugurkan Annuar dibuat oleh Zahid dalam mesyuarat UMNO pada Selasa.

Sebelum ini, Annuar menegaskan beliau sedia dipecat sekiranya kritikannya berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan.

Susulan pemecatan itu, kedudukan Annuar diambil alih oleh Datuk Seri Ahmad Maslan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Org bodoh memecat org cerdik..biasalah..

    BalasPadam
  2. Pemecatan ini dibuat oleh puak2 dungu. Syabas TSAM diatas ketegasan sesuatu perkara. Jgn jd puak2 lalang

    BalasPadam
  3. BERSABAR TAN SRI...HUKUMAN YANG ANDA TERIMA DIATAS USAHA ANDA UNTUK PERPADUAN BANGSA MELAYU ISLAM DIKHIANATI OLEH AHLI U M N O YANG DAH DIBUTAKAN MATA HATI MEREKA UNTUK MENILAI ERTI MUAFAKAT SESAMA BANGSA SEAGAMA...KITA LIHAT AJE SEJAUH MANA SEGELINTIR PEMIMPIN BERMASAALAH DALAM U M N O BOLEH MENGEMUDI HALA TUJU U M N O SELEPAS PRU 15..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.