Header Ads

ads header

Flash News

Saya nak explain sedikit pasal isu Sajat ini



Saya nak explain sedikit pasal isu Sajat ini. Pertama sekali, Sajat dituduh bukan kerana lelaki berpakaian wanita di bawah seksyen 30, tetapi kerana penghinaan agama Islam di bawah seksyen 10(a).
BH melaporkan "Nur Sajat didakwa sebabkan agama Islam dipandang hina"
(https://www.bharian.com.my/.../nur-sajat-didakwa-sebabkan...)

Tapi NST melaporkan "Nur Sajat hauled to syariah court for cross-dressing" (https://www.nst.com.my/.../nur-sajat-hauled-syariah-court...)

Sama ada pertuduhan ini boleh dibuktikan oleh pihak pendakwaan atau tidak, Hakim Syarie yang akan menentukan selepas perbicaraan nanti. Itu tak penting sekarang. Yang penting, akibat kekeliruan ini, ramai yang mula mengutuk tindakan menuduh Sajat sebelum perbicaraan bermula.

Menurut seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, 'Mana-mana orang yang dengan perkataan yang dapat didengar atau dibaca atau dengan lukisan, tanda atau bentuk lain gambaran yang tampak atau yang dapat dilihat atau dengan apa-apa cara lain ... menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina ... adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.'

Kenapa Sajat tidak dituduh untuk kesalahan lelaki berpakaian wanita? Seksyen 30 Enakmen yang sama memperuntukan bahawa 'Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam UNTUK TUJUAN YANG TIDAK BERMORAL adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya ...' [penekanan ditambah].
Jadi, hanya dengan berpakaian seperti perempuan, seorang lelaki tidak boleh dituduh di bawah seksyen 30 melainkan dia berbuat sedemikian untuk tujuan yang tidak bermoral (e.g. salahlaku seks).

Berbeza pula di Negeri Sembilan kerana Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 memperuntukan bahawa 'Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.' Tiada keperluan tujuan tidak bermoral itu.

Dan apabila undang-undang ini (seksyen 66) dicabar sehingga ke Mahkamah Persekutuan, akhirnya diputuskan bahawa undang-undang tersebut adalah sah (https://www.bharian.com.my/.../lelaki-berpakaian-wanita...). Mahkamah sivil bukan forum yang berbidangkuasa untuk memutuskan sama ada atau tidak undang-undang syariah itu adalah sah atau tidak.

P.S. Isu agama ini memang sensitif. Sebagai contoh, dalam web-series Amazon "Tandav", arahan Ali Abbas Zafar dan lakonan Saif Ali Khan dan Mohd Zeeshan Ayyub baru-baru ini ada aduan dibuat kerana mengandungi adegan-adegan yang menghina agama Hindu (https://www.bbc.com/news/entertainment-arts-55716959). Kes ini tengah disiasat oleh polis. Jadi, apa-apa pun, kita relax dahulu. Benda yang kita tak tahu, kita belajar, dan benda yang kita tau, kita kongsi. Tak payah kutuk dan hina.

FB
DR. SHAMSHER SINGH THIND



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan