Header Ads

ads header

Flash News

Sukarnya Duit Kerajaan Untuk Sampai Kepada Rakyat



1) Kalau wang kerajaan begitu mudah untuk diberikan kepada rakyat, kalau 35juta wang kerajaan mudah untuk diperuntukkan membeli tablet kepada jutaan pelajar... tanpa birokrasi, tanpa restriction itu ini... tanpa kreativiti untuk klepet duit kerajaan... sudah tentu para pemimpin berjiwa rakyat zaman PH mentadbir akan curahkan segala wang kerajaan untuk kebajikan rakyat.

2) Siapa tidak kenal YB Bangmat yang berjiwa marhaen, merasai denyut nadi rakyat. Siapa tidak kenal YB Salahuddin yang tersentuh hatinya dengan kesusah rakyat. Siapa tidak kenal YB LGE yang kental memperjuangkan nasib rakyat. Siapa tidak kenal YB-YB PH yang... arrghh... terlalu banyak simpati dan empati terhadap rakyat...

3) Tetapi ketika mereka berkuasa... mereka tak beri pun hasil kekayaan negara kepada rakyat. Yang ada, bantuan BSH yang rebranded daripada BR1M. Yang ada eWallet RM30. Tidak terfikir untuk curahkan bantuan kepada rakyat.

4) Apabila hilang kuasa, baharulah terngadah. Baharulah menggelupur mengherdik kerajaan PN tidak bantu rakyat. Duit Rm35 juta pergi bazirkan buat dewan mahal. Bukankah lebih baik guna duit tu beli tablet untuk anak-anak sekolah nak belajar online. Contohilah Ustaz Ebit Lew (?). Bahkan ada yang mahu Ustaz Ebit Lew menjadi PM.

5) Ya, sebenarnya sama sahaja kerajaan PH atau PN. Tidak akan mampu berikan kepada rakyat hasil keyaaan negara dengan mudah. Duit kerajaan ada polisi, ada birokrasi, ada klepetokrasi. Ada polisi ikat perut, ada 'polisi' utamakan kroni. Ada 'polisi' menjaga sokongan.

6) Bahkan zaman BN pun tidak mudah nak hamburkan kekayaan negara kepada rakyat secara direct One Off atau Fix Deposit. Nak beri BR1M pun bukan fikiran satu dua malam. Bukan fikiran satu dua orang. Ia melibatkan agensi, jabatan kerajaan...dan paling utama - political will.

7) Maka kerajaan zaman BN lebih kepada berusaha menyediakan peluang pekerjaan dengan pelbagai cara menarik pelaburan luar masuk. Dengan harapan peluang pekerjaan lebih banyak untuk rakyat dapat manfaat "peralatan menangkap ikan". Tidak ke mana jika hanya membiarkan rakyat terus bergantung kepada "pemberian ikan". BR1M hanyalah sebagai meringakan sedikit beban untuk pergi "memancing rezeki".

8 ) Tidak pelik pun kerajaan PH dan PN tidak dapat berikan sebanyaknya bantuan secara terus kepada rakyat. Tapi di musim pandemik, kerajaan PN telah banyak bulldoze restriction untuk berikan kepada rakyat secara terus. PENJANA, PERMAI, BPR, bantuan untuk perniagaan kecil etc dibuat secara One Off untuk rakyat - jumlahnya lebih besar berbanding BN dan PH.

9) Tapi kerajaan PN tidak boleh dabik dada dengan bantuan banyak yang diberi. Tetap tidak boleh sembarangan habiskan duit ke atas jalan yang tidak perlu dikala pandemik dan regresi ekonomi. Tidak juga boleh terus dengan polisi "beri ikan percuma" kepada rakyat. Perlu usahakan "beri peralatan menangkap ikan" dengan cara membuka peluang pekerjaan, peluang ekonomi kepada rakyat. Bahkan kerajaan PN tidak boleh dabik dada memberi "ikan yang rakyat ternak sendiri" kepada rakyat.
10) Kesimpulannya, wang kerajaan susah nak sampai kepada rakyat dan perlu kepada laluan-laluan yang sukar dan terancang. Dan diburukkan pula dengan mudahnya duit kerajaan masuk ke dalam kantung sendiri, kroni dan kawan-kawan sekutu.

Sekian
Dr Tanaka Mustafa



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Struktur pwmwrintahan kita jelas ada Federal ada negeri ada MP ada ADUN. Saya tinggal dikajang tak de sorang pun wakil MP atau ADUN yang datang menjenguk bertanya khabaar. Yang saya tahu sibuk nak tukar kerajaan.

    BalasPadam
  2. Kerajaan hari ini jauh lebih baik, lebih betkesan kod rakyat berbanding kerajaan PH dahulu...yg cakap tak sarupa bikin...

    BalasPadam