Header Ads

ads header

Flash News

Zahid Hamidi senada dengan Lim Guan Eng, Permai Muhyiddin kurang aspirasi bantu rakyat


Kita mendengar pengumuman kerajaan mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) semalam.

Syukur Alhamdulillah, pengumuman yang dibuat selepas enam hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Tidak terlalu cepat tetapi ada.

Segala bantuan diumumkan untuk rakyat kita sokong penuh kerana ia sememangnya kebertanggungjawaban sesebuah kerajaan.

Sebuah kerajaan tidak boleh minta rakyat ikat perut. Sesebuah kerajaan tidak boleh bersikap kedekut dan tuduh rakyat malas.

Kerajaan sememangnya patut berbelanja untuk rakyat. Lebih-lebih lagi pada waktu PKP program bakul makanan jauh lebih penting berbanding projek dewan badminton.

Bagaimanapun Permai masih kurang aspirasi dalam membantu rakyat supaya kekal tenang di rumah sekali gus mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 yang sangat tinggi ketika ini.

Rakyat bersyukur dengan bantuan tunai, tetapi sebahagian yang diumumkan semalam adalah yang pernah diumumkan sebelum ini - cuma akan dipercepatkan.

Ini tidak bersifat 'contingency' atau suatu tambahan tunai dalam membantu mereka berhadapan kesukaran PKP 2.0.

Berapa lama agaknya PKP 2.0?

Berapa lama bantuan bakul makanan bernilai RM100 dan bantuan wang RM300 boleh membantu rakyat untuk terus bertahan dan kekal di rumah?

Semasa PKP 1.0 kita mengambil masa lebih lima bulan untuk mengurangkan kadar jangkitan yang cuma beberapa ratus kes.

Berapa lama pula agaknya untuk PKP 2.0 mengurangkan kadar jangkitan yang melebihi 3,000 kes setiap hari?

Apatah lagi PKP 2.0 agak longgar dan lebih banyak aktiviti dibenarkan termasuk taman awam di Wilayah Persekutuan dibuka semula kepada orang ramai.

Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan negara memerlukan sekurang-kurangnya empat minggu untuk mengurangkan kes jangkitan Covid-19 harian antara 1,000 kepada 500 sehari.

Kita menyambut baik KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga 1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.

Namun pembayaran ini akan dibuat pada 26 Januari iaitu pada fasa pertama PKP 2.0 berakhir sedangkan rakyat memerlukan wang itu sekarang. Semasa mereka diarah mengurangkan pergerakan.

Cuma 1.3 juta permohonan diterima 

Bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman diumumkan akan terus disediakan tetapi kita mendengar rungutan mengenainya sebelum ini.

Kesulitan untuk mendapatkan moratorium satu hal. Tawaran pengurangan bayaran balik pula didakwa lebih menguntungkan bank berbanding peminjam.

Mungkin sebab itu cuma kira-kira 1.3 juta permohonan yang diterima oleh pihak bank setakat ini.

Apapun kita memahami beban kewangan kerajaan untuk memberi bantuan yang lebih besar kepada rakyat.

Sebab itu kita terus mendesak kelulusan moratorium bayaran pinjaman bank secara automatik kerana kita percaya bank masih mampu mencatatkan keuntungan disebalik kebertanggungjawaban sosial itu.

Sebab itu kita terus mendesak kelulusan skim i-Sinar KWSP tanpa syarat dan bayaran dibuat pada kadar segera kerana wang itu adalah milik rakyat sendiri yang sangat-sangat diperlukan mereka ketika ini.

AHMAD ZAHID HAMIDI
Presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. nak tunjuk hero la konon si zahid ni, pada hal dialah bapak penyengak.

    BalasPadam