Header Ads

ads header

Flash News

Abdul Hadi pulih, dibenar keluar dari IJN


Presiden PAS Abdul Hadi Awang dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini setelah pulih daripada masalah kesihatan berkaitan sesak nafas.

“Syukur Alhamdulillah, hari ini saya telah dibenarkan untuk pulang setelah menerima rawatan di IJN sejak Isnin.

“Pastinya saya amat berterima kasih dan terhutang budi kepada para doktor dan petugas di unit kecemasan Hospital Putrajaya dan IJN atas kecekapan dan professional yang tinggi, juga kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan saya,” katanya di akaun Facebook.

Pada 16 Feb lalu, Abdul Hadi dikejarkan ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas.

Dia kemudian dipindahkan ke IJN kira-kira pada pukul 9.30 malam hari yang sama dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut. 

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, dia turut mengikuti perkembangan semasa sepanjang tempoh rawatan.

“Sepanjang tempoh rawatan, saya turut mengikuti perkembangan berita dalam dan luar negara, khususnya berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Dasar Perpaduan Negara yang telah dilancarkan oleh perdana menteri, selain pelbagai langkah yang diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan pemulihan semula ekonomi negara.

“Semoga semuanya dapat dijayakan dengan dukungan bersama,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: