Header Ads

ads header

Flash News

Diskusi PdPR di kaca TV, pengacara dakwa Kementerian Pendidikan enggan hantar wakil


PETALING JAYA, 3 Feb
— Pengacara televisyen Syafinaz Yunus meluahkan rasa kecewa apabila rancangan bual bicara dikendalikannya tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak berwajib.

Membincangkan mengenai topik Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Syafinaz mendakwa Kementerian Pendidikan menolak jemputan bagi hadir ke program bual bicara tersebut.

Katanya, kementerian itu bukan sahaja melarang wakilnya untuk hadir malah, enggan membahaskan mengenai isu PdPR yang berdepan pelbagai masalah melibatkan guru, murid dan ibu bapa.

"Apabila Kementerian Pendidikan tidak mahu dan tidak membenarkan wakilnya hadir bagi membincangkan topik yang menjadi kegelisahan  seluruh negara, maka ya kita perlu risau. InshaAllah perbincangan akan diteruskan Rabu, 9 malam," katanya di laman sosial, Twitter.

Penularan pandemik Covid-19 menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan PdPR selepas mengambil keputusan menutup sekolah demi menjaga keselamatan murid.

Namun, timbul pelbagai isu melibatkan PdPR termasuk masalah capaian internet terutama bagi pelajar yang menetap di kawasan luar bandar.

Selain itu, ibu bapa juga berdepan masalah untuk menyediakan gajet atau peralatan komputer bagi anak mereka mengikuti PdPR.

Terdahulu, Syafinaz berkata program bual bicara tersebut akan tetap diteruskan walau tidak mempunyai wakil daripada pihak kementerian.

Program bual bicara Analisis bersiaran pada hari ini jam 9 malam di saluran TV Al-Hijrah. - MMail





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan