Header Ads

ads header

Flash News

Menteri agama cadang ke Mekah lihat sendiri persiapan terima jemaah haji


PUTRAJAYA:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri bercadang ke Mekah dalam masa terdekat, untuk meninjau sendiri persiapan kerajaan Arab Saudi sebelum menerima jemaah haji tahun ini.

Beliau juga bercadang mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Saudi mengenai urusan ibadah haji dan umrah.

“Masalah ini kita akan bincangkan dengan kerajaan Arab Saudi. Saya sendiri bercita-cita dan bercadang pergi ke Arab Saudi melihat pelbagai isu terutamanya umrah ketika ini dan ibadah haji tahun ini.

“Dalam beberapa hari lagi saya akan beri kenyataan tuntas kerana kita sekarang dalam proses mengadakan perbincangan,” katanya ketika ditanya mengenai status urusan haji tahun ini selepas menyaksikan pelepasan Misi Bantuan Banjir Ke Jerantut, Pahang anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

Tahun lalu, Malaysia tidak menghantar jemaah haji ke Mekah berikutan penularan Covid-19 di seluruh dunia.

Sebelum ini, Zulkifli menjangkakan beberapa syarat dan caj tambahan baharu akan dikenakan kepada bakal jemaah haji pada musim akan datang.

Oktober tahun lalu, Menteri Luar Hishammuddin Hussein mengesahkan Malaysia dan Arab Saudi sudah memulakan rundingan awal mengenai kuota haji 2021.

Putrajaya dan Riyadh juga turut berbincang mengenai jumlah rakyat Malaysia yang dibenarkan mengerjakan umrah serta kaedah pelaksanaan haji dan umrah sekiranya ibadah dibenarkan berlangsung sebelum vaksin Covid-19 ditemui.

Hishammuddin berkata langkah itu perlu selepas Arab Saudi dijangka melonggarkan penutupan sempadan bermula 1 Jan 2021.

“Biarpun belum ada keputusan muktamad berhubung perihal haji dan umrah serta kaedah pelaksanaannya oleh kerajaan Arab Saudi, namun Malaysia dan Arab Saudi berkongsi pendirian sama,” kata beliau - FMT





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan