Header Ads

ads header

Flash News

Silakan…kata wakil PPBM kepada Umno Terengganu


PETALING JAYA:
Wakil tunggal PPBM di Terengganu berkata Umno bebas meletakkan calonnya, selepas kenyataan ketua Umno negeri mengenai hasrat parti itu bertanding di semua kerusi lama mereka pada pilihan raya akan datang.

Rosol Wahid yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata, Umno bebas untuk berbuat demikian.

“Kita tenang sahaja, kita menunggu dan lihat macam mana,” kata Rosol, yang memenangi kerusi atas tiket Umno pada pilihan raya lalu sebelum beralih ke PPBM.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu berkata, akhirnya keputusan sama ada untuk berdepan dengan Umno akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

“Kalau pucuk pimpinan kata kita teruskan (lawan) kita teruskan sajalah (berdepan Umno dalam PRU),” katanya.

Terdahulu, Ketua Umno Terengganu Ahmad Said berkata parti itu akan bertanding di semua kerusi, baik DUN dan Parlimen, pada pilihan raya akan datang.

Rakan gabungan Umno, PAS memiliki 22 daripada 32 kerusi di DUN dan enam daripada lapan kerusi Parlimen.

Ahmad sebelum itu berkata, partinya akan bertanding di Hulu Terengganu.

“Mengapa kita perlu beri kepada mereka (PPBM), walhal kerusi itu dimenangi atas tiket Umno?,” katanya memetik laporan Sinar Harian.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan