Header Ads

ads header

Flash News

UMNO gagal lagi membuat keputusan berpisah dengan BERSATU


BENTONG -
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersidang pada Jumaat disifatkan memperoleh hasil keputusan yang 'tidak begitu dramatik'.

Sumber memberitahu Sinar Harian bahawa semua MKT bagaimanapun, tidak akan mengulas perkara tersebut dalam masa terdekat.

"Disebabkan baru habis mesyuarat, masing-masing sedang fikirkan lagi.

"Semalam memang ada keputusan (hasil mesyuarat) tapi tidaklah begitu dramatik," kata sumber pada Sabtu.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersidang pada Jumaat berakhir jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurut sumber, semua ahli MKT keluar dari Insititut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU), Janda Baik tidak lama selepas media bersurai.

Hasil mesyuarat berkenaan juga katanya, telah membuat satu ketetapan namun setakat ini Sinar Harian difahamkan tidak ada sebarang kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Memang semua dah pulang semalam. Mesyuarat selesai jam 12.30 tengah malam.

"Ketika semua keluar dari ILMU, sudah tiada media. Jika media masih ada pun mereka tak dibenarkan masuk," katanya,

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan reaksi dan pengesahan daripada beberapa pemimpin MKT.

Antara yang berjaya dihubungi ialah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki namun beliau enggan mengulas lanjut.

Pada Jumaat, media menanti selama lebih tiga jam di ILMU bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung di situ.

Bagaimanapun, tiada kenderaan membawa pemimpin parti itu dilihat meninggalkan bangunan tersebut sebelum pintu pagar pintu utama pusat latihan itu ditutup oleh pengawal keselamatan pada jam 11.30 malam.

Tindakan menutup pagar berkenaan dibuat atas arahan yang dikeluarkan membuatkan media akhirnya bersurai kira-kira jam 12 tengah malam.

Difahamkan mesyuarat tersebut dibuat bagi membincangkan hala tuju kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan UMNO telah membuat keputusan untuk memanggil mesyuarat MKT bagi memutuskan sama ada mereka akan meneruskan kerjasama politik dengan Bersatu atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.

Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, UMNO mahu MKT, sebagai badan kerja tertinggi parti membuat keputusan itu kerana usul yang dibawa oleh persidangan perwakilan bahagian yang selesai bersidang tahun lalu tidak dapat dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ekoran perintah darurat.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan: