Header Ads

ads header

Flash News

Bila wujud 2 pendedahan daripada MCA dan MIC, BN cuba kambing hitamkan ketua pegawai media




BN hari ini mengakui kononnya terdapat kekhilafan berhubung kenyataan pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi berhubung rayuan agar Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya sidang parlimen segera diadakan.

Menurut Setiausaha Eksekutif BN Mohamad Sahfri Ab Aziz ekoran apa yang berlaku itu dia menggantung tugas ketua pegawai media BN selama sebulan.

Kata Mohamad Sahfri, Ahmad Zahid mengarahkan agar sedikit kekeliruan terhadap kenyataan media berkenaan disiasat.

"Sehubungan itu saya mewujudkan jawatankuasa siasatan dalaman pada pagi ini bagi membincangkan penyiaran kenyataan media pengerusi BN yang tidak mendapat kelulusan Sekretarian Dewan Tertinggi BN (dan) yang kurang tepat sebagaimana yang dibincangkan dan diputuskan mesyuarat Dewan Tertinggi BN," katanya dalam kenyataan hari ini.

Setelah mendengar pandangan jawatankuasa siasatan dalaman itu kata Mohamad Sahfri dia membuat keputusan untuk menggantung ketua media BN dan ia berkuat kuasa serta merta.

Ada beberapa isu yang timbul ekoran keluarnya kenyataan tersebut semalam. Antaranya kemiripan ayat dan susunannya dengan kenyataan dibuat Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Bekas setiausaha agung BN Annuar Musa mendakwa kenyataan itu merupakan satu lagi bukti bahawa ada pemimpin dalam gabungan itu sudah dikuasai Pakatan Harapan (PH).

Untuk rekod Anwar merupakan pengerusi PH.

Kenyataan yang memetik nama Ahmad Zahid itu juga disanggah dua parti lain dalam BN iaitu MIC dan MCA.

Pagi tadi Presiden MIC SA Vigneswaran berkata kenyataan Zahid semalam kurang tepat kerana mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Rabu lalu mengambil ketetapan untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap titah Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung sidang parlimen.

Kenyataan Vigneswaran turut disahkan Presiden MCA Wee Ka Siong dan timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup.

Mohamad Sahfri berkata keputusan menggantung pegawai terbabit dibuat selepas pihaknya mendengar pandangan jawatankuasa siasatan dalaman yang meneliti isu tersebut.

"Ini juga bagi membolehkan proses siasatan dalaman dapat dilaksanakan dengan lebih terperinci dan berkesan," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan