4 Mac: Hari mengingati MCA, MIC mahu keluar BN dan ‘U-turn’
HARI ini dalam sejarah, 4 Mac. Masihkah anda ingat?
Lebih kurang 2 tahun yang lalu, MCA dan MIC sepakat mempertimbangkan untuk keluar dari Barisan Nasional (BN).
Ketika itu, BN baru sahaja beberapa bulan setelah kalah pilihan raya dan UMNO sedang dilanda krisis dalaman. Dengan makna lain, ketika itu UMNO sedang melemah dan ketika itu jugalah satu demi satu parti komponen BN meninggalkan gabungan tersebut.
Tidak lama selepas itu, UMNO mendapat nafas baharu bergandingan dengan PAS mengangkat naratif perpaduan umat Islam bangkit melawan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang serba tidak kena.
Ketika UMNO kuat semula itu jugalah MCA dan MIC membuat ‘U-Turn’ tidak jadi keluar. Saya pasti kerana kerana kekuatan dokongan rakyat kepada naratif perpaduan ummah itu.
Ketika itu juga, satu per satu pilihan raya kecil (PRK) dimenangi dan tiada siapa apologetik untuk mengangkat mesej perpaduan umat Islam.
Percayalah, jika parti Melayu itu (dan juga PAS) tidak bangkit dan memenangi siri-siri PRK, pasti mereka akan meninggalkannya. Ada yang melabel mereka sebagai ‘lalang’, tetapi apa mereka kisah. Mereka dapat macam-macam dan jauh lebih banyak selepas itu.
Semenjak itu, semakin hari mereka semakin kuat. Ada yang tambah kerusi parlimen, ada yang jadi menteri dan malah ramai juga menerajui GLC. Seruan perpaduan umat semakin lembik, apatah lagi agenda membela agama Islam dan bangsa Melayu seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.
4 Mac. Ingatlah tarikh ini setiap tahun.
Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Setuju
BalasPadamMca mic nie biawak idop
Lebih baek campak masok longkang
To pown klu longkang terima la
Ade x membantu langsong
Umpama mcm berkawan ngan berok
Kte ckp bkn die fhm pown
Puihhhhhhhh
Sgt setuju...tolong lah jgn dok layan sgt mereka ni, nak menumpang kebaikan org melayu. Jgn bagi kerusi2 melayu kat diorang nih, jgn bagi jawatan2 kerajaan/glc...cukup2 lah pemimpin melayu dok jadi sgt accomodative kat diorang ni.
BalasPadamMCA,MIC,GERAKAN sdg mncari dahan dr parti2 yg kukuh utk terus bergantung hidup dan cuba utk mjadi king maker dlm parti terbesar yg mereka sertai nanti. MCA dan MIC yg sertai BN itu tlh mereka berjaya kuasai sbg king maker dlm mbuat kputusan akhir. GERAKAN tlh sertai parti terbesar di msia dan akn berusaha mjadi king maker dlm mbuat segala keputusan dalam kjaan PN nanti. Pemimpin melayu yg bodo lg dayus aje akn beri kerusi parlimen percuma kpd MCA,MIC,GERAKAN nanti. Yg salah dlm percaturan kerusi parlimen nanti adalah pemimpin tertggi melayu dlm PN nanti sbb tdk tegas. Sekali MCA,MIC,GERAKAN pegang sesuatu kerusi maka mereka tk akn lepas2 lg.
BalasPadam