Husam yakin pakatan strategik Umno-PH boleh dibentuk
Kerjasama strategik boleh dibentuk antara Umno dan Pakatan Harapan (PH) setelah DAP menolak kerjasama secara gabungan (coalition) dengan parti Melayu terbabit, kata bekas naib presiden Amanah, Husam Musa.
Dakwanya, kerjasama secara pakatan strategik adalah berbeza berbanding melalui bentuk gabungan.
Kata Husam pakatan secara strategik itu sudah pun dilakukan oleh Umno bersama PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
"Kerjasama ini ada banyak bentuk, sebagai coalition (dengan Umno) DAP dah kata tak boleh terima.
"(Tapi) Kerjasama sebagai strategic alliance ini berbeza. Macam PAS dengan Umno pada PRU lepas bekerjasama secara strategic alliance untuk menutup (mengaburi) mata rakyat dan ahli.
"Mereka bertanding tiga penjuru, secara besar-besaran dan akibatnya Umno tumbang," katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan kerusi roda kepada keluarga asnaf di Kampung Gerong, Tumpat, hari ini.
Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan kerjasama terjalin di antara parti-parti dalam PH dengan Umno.
Terdahulu, PKR menyatakan untuk tidak menolak kemungkinan kerjasama dengan Umno, manakala DAP pula memberi gambaran kerjasama boleh dijalinkan atas kepentingan dan manfaat rakyat.
Sementara itu Husam berkata, jika kerjasama strategik itu wujud, apa yang berlaku pada PRU lalu boleh diambil kira dan dipertimbangkan.
"Tidak semestinya Umno masuk PH, atau (adakan) kerjasama secara terbuka. Tetapi strategic alliance ini mengambil kira kepentingan-kepentingan dan prinsip-prinsip tertentu.
"Kepentingan utama, negara perlu ada satu susunan (jumlah ahli parlimen dengan majoriti) yang stabil, sekarang kerajaan sangat tak stabil.
"Secara moral kerajaan sudah dianggap rosak," ujarnya.
Sehubungan katanya untuk membolehkan pakatan strategik itu berlaku sebuah parti tunjang diperlukan untuk membentuk kerajaan yang stabil dan kukuh.
"PH sudah menjadi anchor party tetapi tidak cukup kekuatan. Jadi prinsipnya perlu dihuraikan oleh pimpinan-pimpinan parti.
"Umno pun kena datang dengan prinsip dan naratif baru. Jadi tak bertentangan dengan pendirian DAP," jelas Husam yang juga anggota Dewan Negara.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Pelik betul umno, dulu nak jatuhkan kerajaan dap-ph dan bentuk pn sebab tak nak kafir yang berkuasa. Last2 nak bergabung dengan dap-ph sebab nak berkuasa....ini lah dikatakan matlamat menghalalkan cara
BalasPadam