Header Ads

ads header

Flash News

Bila “Enggan Mengulas” Sebenarnya Bagus


Tajuk portal berita ini sepertinya cuba memaparkan sedikit imej negatif, “Hadi Lari” (“Hadi Makes Dash For Exit”), tetapi dalam tidak sedar sebenarnya intipatinya sangat positif: “Enggan mengulas pertanyaan daripada pemberita”.

“Enggan mengulas” bukan bermakna takut, tetapi itulah pendekatan berhikmah Presiden PAS kerana apa-apa komen yang silap mungkin boleh sahaja memanaskan lagi suasana yang sudah agak panas dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Itulah budaya politik matang dan sejahtera pegangan PAS.

HADI LARI, ENGGAN ULAS UCAPAN ZAHID

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang enggan mengulas pertanyaan daripada pemberita yang mahu mendapatkan reaksi segera beliau mengenai hala tuju politik parti Islam itu serta hubungannya dengan Umno yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Abdul Hadi yang didekati oleh pemberita di luar Perhimpunan Agung Umno 2020 hari ini sebaliknya hanya tersenyum dan melambaikan tangan kepada mereka yang cuba bertanyakan soalan kepadanya.
Kekecohan kecil juga tercetus apabila berlaku tolak-menolak antara petugas media dan petugas Jabatan Amal Malaysia yang melindungi Abdul Hadi yang diasak soalan.

Sebaik sahaja meninggalkan Dewan Merdeka, tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno, Abdul Hadi bersama timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man terus bergegas menuju ke kenderaan masing-masing.

Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim hadir sebagai jemputan untuk mendengar ucapan dasar presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuka perhimpunan agung parti itu hari ini.

Abdul Hadi menjadi tumpuan kerana PAS diasak untuk membuat pilihan sama ada memilih bekerjasama dengan Bersatu atau bersama Umno dalam Muafakat Nasional (MN).

Ahmad Zahid dalam ucapannya turut menyeru PAS untuk kembali mengukuhkan MN dan mengingatkan belum terlambat untuk parti Islam itu patah balik biarpun sudah bersama Bersatu dalam PN.

HADI MAKES DASH FOR EXIT AFTER ZAHID SPEECH QUESTIONING PAS LOYALTIES

PAS president Abdul Hadi Awang and his deputy Tuan Ibrahim Tuan Man made a beeline for the exit at the conclusion of the Umno president’s speech at the Putra World Trade Centre today.

Hadi ignored the waiting media’s requests for his reaction to Ahmad Zahid Hamidi’s address as he made his escape. Unit Amal members shoved the press aside to let their leader pass.

PAS’ commitment to the Muafakat Nasional charter has come under question at the Umno general assembly.

Prior to Hadi’s exit, Zahid has reminded PAS of the pact it signed with Umno in 2019.
“Let me remind PAS that Umno had agreed to support the Perikatan Nasional government. But little did we know that a new coalition named Perikatan would be formed without Umno,” Zahid said.

Kamarul Yusoff




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan