Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PN tak takut Undi-18, cuma realistik


PAGOH:
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak takut untuk melaksanakan Undi-18, dan tidak patut dipersalahkan apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan penangguhannya.

Muhyiddin menjelaskan beliau telah mendesak SPR untuk melaksanakan Undi-18 menjelang September, namun badan itu tidak dapat berbuat demikian.

“Kita berbincang mengenai isu ini…saya kata tak boleh ke September tahun ini, dia (pengerusi SPR) kata tak boleh. Habis nak paksa macam mana?” katanya pada sidang media selapas melancarkan zon ekonomi khas Pagoh Fasa 1 di Bandar Universiti Pagoh.

Muhyiddin berkata pentadbiranya menghormati kebebasan SPR, dan menegaskan penangguhan Undi-18 tidak harus dijadikan bahan politik.

“Kita perlu realistik dan tak perlu dipolitikkan sangat kerana ia melibatkan perkara besar termasuk kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana membabitkan jutaan pengundi,” katanya.

Beliau turut menegaskan kerajaan pimpinan tidak gentar menghadapi pengundi muda, sekiranya Undi-18 dilaksanakan pada PRU15.

“Ada kata kerajaan PN takut. Kami tidak takut, malah sebahagian besar anak muda saya yakin menyokong kerajaan.

“Jadi mengapa kita terlalu emosi dalam hal ini? Lagi cepat lagi bagus tapi nak buat macam mana?” katanya.

Muhyiddin yang juga presiden PPBM menjelaskan pelaksanaan Undi-18 adalah tanggungjawab SPR sepenuhnya dan bukan bawah bidang kuasa kerajaan.

“Jadi, urusan-urusan ini bukan urusan kerajaan, ini urusan suruhanjaya dan ini terserah kepada kebijaksanaan, kecekapan dan juga pengurusan yang boleh dilaksanakan, jadi kita harap dapat dipercepatkan,” katanya.

Antara isu yang dimaklumkan kepadanya adalah pendaftaran orang muda perlu dilakukan secara automatik walaupun Undi-18 sudah diwartakan.

“SPR kata mesti didaftarkan secara automatik. Ini isu teknikal dan biarlah SPR menguruskan dengan sebaik mungkin,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan