Header Ads

ads header

Flash News

Lou Ottens, Pencipta Pita Kaset Meninggal Dunia Pada Umur 94 Tahun


Bagi anda yang membesar di era 80an dan 90an, salah satu cara untuk mendengar alunan lagu ialah untuk membeli sebuah radio yang hadir dengan pemain pita kaset. Teknologi tersebut, yang dibangunkan pada era 1960an, dicipta oleh Lou Ottens, seorang jurutera yang bekerja untuk Philips pada waktu tersebut.

Pita kaset audio boleh dikatakan cara utama untuk menjual album lagu pada era 1970-an sehinggalah 1990-an sebelum ia digantikan dengan teknologi cakera padat, yang membolehkan pendengar mendengar lagu dengan kualiti audio yang jauh lebih tinggi, dan lebih mudah digunakan.

Menariknya, Lou Ottens juga adalah salah satu orang yang bertanggungjawab untuk teknologi cakera padat audio melalui pembangunan teknologi Audio Long Play, yang menggantikan penggunaan cakera vinil pada sekitar tahun 1970.

Adakah anda masih ingat kali terakhir anda membeli dan mendengar lagu menggunakan radio dan pita kaset?

Sumber Rujukan: Deadline
AMANZ





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan