Header Ads

ads header

Flash News

PM setuju teliti semula Perlembagaan, kata Abang Johari


KUCHING:
Ketua Menteri Abang Johari Openg hari ini menjelaskan keputusan mengenai hubungan negara dengan kerajaan persekutuan pimpinan Perikatan Nasional (PN) berkait Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menampakkan “sesuatu yang positif”.

Katanya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk meminda semula Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan seperti yang dituntut oleh kerajaan Sarawak.

“Sebenarnya, ketika saya berkata kami akan segera membuat keputusan mengenai hubungan negara dalam persekutuan Malaysia di Lubok Antu semalam, saya sebenarnya merujuk kepada perkembangan MA63,” katanya kepada media hari ini.

“Perdana menteri telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut mengenai hal itu dan (kami mengharapkan) keputusan untuk meminda Perlembagaan yang akan memperkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan, sesuai dengan MA63.

“Berita utama di akhbar hari ini kedengaran seperti sesuatu yang politikal. Saya ingin menjelaskan bahawa ia adalah mengenai MA63,” katanya.

Abang Johari menjelaskan Artikel 160 (2) Perlembagaan perlu dipinda kerana tafsiran frasa “Persekutuan” masih merujuk kepada persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

“Oleh itu, kami mahu ia dipinda sebagai ‘Perlembagaan Persekutuan yang dibentuk di bawah Perjanjian Malaysia 1963’, yang akan memberi kekuatan kepada MA63,” katanya.

Beliau berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak menyokong pindaan perlembagaan mengenai status Sabah dan Sarawak seperti yang dibentangkan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan pada tahun 2019 kerana ia tidak memasukkan pindaan tersebut.

Ketua menteri juga mengulangi bahawa GPS adalah entiti yang berasingan dan bukan anggota PN. Beliau juga akan selalu mengutamakan semangat “Sarawak First” dalam apa jua masalah yang dihadapinya.

MR : ini tanda PN akan diperkukuh dan UMNO akan nampak jalan untuk berkubur



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan