Header Ads

ads header

Flash News

Uncle Lim bangun melibas punggungnya... Yesss!!!


Uncle Lim bangun melibas punggungnya... Yesss!!! Tempiknya menjulang ke dua² tangan menggenggam penumbuk...tersenyum gembira. Tidak sedar gembira hingga kaki tersepak bungkusan kacang Ngan Yin bersepah di lantai...

Tidak perlu bimbang lagi seperti 2, 3 hari sebelum 28/03 apabila gerun melihat 2 Pemuda Melayu berforum seperti tag team bagi menguatkan kerajaan Melayu Islam. Gandingan Ir Sr Khairil dari PAS dan Shahril dari Umno ketika berforum sangat akademik dan menjanjikan masa depan yang cerah. Waktu itu tidak semena² perut uncle Lim memulas dan tekak memual...

Rupanya racun yang dititipkan PakNon lewat "dating" dalam gelap berkali-kali meresap juga ke lidah Ketua Pemuda....berapi-api menyindir PAS dan terbukti Pemuka KM pula menoktahkan kata mahu membakar jambatan dengan PN...mahu bersendirian kononnya...hilang sudah kasih sayang kepada Sufi tua yang dirangkul ketika ketua KM itu tersemban dalam longkang lewat 2018. Tenat dan tiada upaya; dibantu, dirawat dan disepuh semangat...

Kini, sudah mampu bertingkah langkah, Sufi tua mahu disepak, sempat menyergah Jangan Ajar Kami Perpaduan Ummah!

Uncle kembali berangan sebagai Qarun menjarah harta negara....

Hassan Tsabitt II



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan