Header Ads

ads header

Flash News

‘Usaha menyatu ini payah, berpecah sangat mudah’ - Kata PAS


KUALA LUMPUR:
“Saya yakin PAS masih lagi mencari usaha-usaha penyatuan ummah,” kata Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.

Menurut beliau, usaha untuk menyatukan ummah sememangnya mencabar dan amat payah, namun sebaliknya untuk berpecah.

Katanya, untuk berpecah sangat mudah dan semua orang boleh menilai bahawa proses perpecahan itu begitu mudah sekali.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara bersendirian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Zahid yang juga Pengerusi BN menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Persidangan Perhimpunan Agung Umno 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya bukan riak dan sombong untuk bertanding sendiri sebaliknya mahu dominan dalam pembentukan kerajaan.

“Kita respect apa sahaja pandangan daripada pemimpin Umno, dan PAS setakat ini saya belum dengar lagi komen dari Presiden PAS sendiri.

“Memang usaha menyatu ini payah, untuk berpecah memang sangat mudah, kita nampak proses perpecahan itu mudah sekali.

“Jadi, oleh kerana kita telah pun (berada) pada satu peringkat dapat penyatuan beberapa kumpulan ataupun parti Melayu ini, jadi saya yakin ia akan diteruskan oleh pimpinan, cuma (keputusannya) nanti kita dengar.

“Itu keputusan Umno, dia mengikat Umno, dia tidak mengikat parti PAS,” ujar Che Abdullah kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas selesai merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Ukhwah dan Kebajikan Anak Kelantan  Perantauan (Ukhwatan) di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, kata Setiausaha PAS Kelantan itu lagi, tonggak penyatuan ummah di Malaysia kini tergalas di atas bahu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru itu kata beliau, tentulah serangan-serangan pihak musuh yang tidak suka akan penyatuan umat Islam akan tertumpu kepada beliau.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Agung Persatuan Anak Kelantan Perantaun (Perakan) Malaysia, Azman Awang dan Presiden Ukhwatan, Ripin Mat Samat.

Ukhwatan ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan.

Selaku pimpinan Kelantan, Che Abdullah berkata beliau hadir bagi menyokong usaha berpersatuan dan menyatupadukan anak-anak Kelantan. – HARAKAHDAILY 29/3/2021





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan