839 dapat kerja dalam karnival pekerjaan Terengganu
KUALA TERENGGANU: Karnival PenjanaKerjaya Negeri Terengganu 2021 yang berakhir semalam berjaya membantu 839 individu mendapatkan pekerjaan yang sesuai, sepanjang dua hari ia berlangsung.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, seramai 3,665 pencari kerja hadir untuk temu duga bersama majikan di karnival itu.
“Daripada jumlah itu, seramai 936 orang layak menjalani temu duga kedua dan seterusnya 839 orang berjaya mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan akademik serta kemahiran mereka.
“Ini adalah satu kejayaan yang membanggakan kerana penempatan 839 pekerjaan yang berlaku ini akan memberi limpahan ekonomi yang baik di dalam negeri Terengganu pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Karnival anjuran Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) itu bertujuan mengurangkan kadar pengangguran yang berlaku ketika ini.
Sebanyak 11,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam karnival itu dengan kekosongan terbanyak adalah dalam industri minyak dan gas dengan 3,998 kekosongan diikuti sektor perladangan 2,500 kekosongan.
MR: Terengganu ok, minyak dapat, pembangunan berjalan dengan baik, projek UMNO yang terbengkalai dipulihkan. MB tak banyak buat kenyataan politik. Mat Said aje giler buat macam-macam kenyataansila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan