Header Ads

ads header

Flash News

Tajuddin tak perlu nafi apa yang berlaku, kata Shahidan



SHAH ALAM -
Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak perlu menafikan apa yang berlaku bahawa beliau cuba membuat gerakan menjatuhkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti pada tahun lalu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, gerakan berkenaan memang berlaku pada masa itu.

“Semua menjadi cakapan umum pada masa itu. Sejarah tetap sejarah. Bila sampai masanya akan terbukti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, Shahidan yang merupakan Ahli Parlimen Arau turut meminta agar Tajuddin tidak ‘mengganggu’ beliau lagi.

“Saya tak pernah ganggu dia. Dia jangan menyibuk soal saya. Sekarang ini parti memerlukan orang yang kurang bercakap dan kurang menghentam orang,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut berkata bahawa sebagai seorang pengarah pilihan raya, Tajuddin tidak wajar mengeluarkan kenyataan berniat jahat kepadanya.

“Dia tidak boleh membuat komen membuta begitu sahaja,” tegasnya.

Shahidan turut menggesa semua pihak agar berhenti bercakap, memberikan komen dan menulis mengenai perkara buruk kerana ianya bukan menjurus ke arah perpaduan.

“Sekarang ini untuk selamatkan UMNO dan perpaduan ummah ini ialah kita kena berhenti bercakap (dan) berhenti menulis selama seminggu.

“Saya menasihatkan pengarah pilihan raya ini cakap benda elok-elok, baik-baik untuk perpaduan bukan memecahbelahkan perpaduan,” katanya.

Shahidan dan Tajuddin sebelum ini dilihat berbalas serangan berhubung isu kerjasama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya akan datang.

Bermula dengan Tajuddin yang menyifatkan kenyataan Shahidan bahawa keputusan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) terletak di tangan setiap ahli Parlimen dan bukan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebagai ‘bodoh’.

Shahidan menyifatkan kenyataan Tajuddin itu sangat tidak wajar, dan membidas kembali dengan menggelar ahli Parlimen Pasir Salak itu pula sebagai ‘bangang’.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan