Header Ads

ads header

Flash News

Sejak PAU 2020 sehingga ke hari ini satu persatu rakan komponen BN/MN membuat kenyataan menyanggahi UMNO




Sejak PAU 2020 minggu sudah hingga ke hari ini satu persatu rakan komponen dan rakan Muafakat membuat kenyataan yang tak menyebelahi parti UMNO.

GPS bekas rakan komponen BN di Sarawak secara terbuka melalui Pengerusi nya Abang Johari menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendukung kerajaan Perikatan Nasional.

PAS melalui Tuan Guru Haji Hadi Awang telah memutuskan untuk terus kekal didalam Perikatan Nasional bersama PPBM dan turut menolak agenda peribadi yang hanya untuk menyelamatkan pemimpin serta anggota nya.

MIC komponen Barisan Nasional yang telah 7 dekad bersama UMNO telah membuat pengumuman akan terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekerjasama dengan BERSATU.

Akar umbi parti yang ada hari ini perlu bertanya kepada diri sendiri, apakah semua berita yang keluar selepas PAU2020 menguntongkan UMNO? Adakah semua itu tidak membawa apa apa erti kepada hala tuju parti UMNO mendepani PRU15?

Ya kita parti yang kuat, parti yang mempunyai 3 juta lebih ahli dan mempunyai puluhan ribu cawangan diseluruh negara. Kita parti yang memerdekakan negara ini dan kita telah menang berdekad dekad lamanya hingga lah tewas dek tsunami Rakyat tahun 2018 lalu.

Adakah sebelum ini sewaktu kita menang berdekad dekad pilihanraya ianya adalah secara solo? Apakah kita sedar bahawasanya kita memerlukan rakan strategik dalam mendapatkan kemenangan dan seterusnya meraih kuasa demi menjaga Rakyat dan Negara ini? Apakah kita lupa bahawasanya negara ini merupakan negara yang berbilang kaum yang mana setiap dari kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Fikir - fikirkan apa yang Saya telah lontarkan ini. Kita mahu yang terbaik untuk UMNO maka itulah sebab Rakyat diluar sedang memerhatikan segala tindakan dan keputusan kita.

Papa Azri



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. terima hakikat yg menghancurkan umno ialah najib rosmah, zahid dan pemimpin2 korup ala najib...berpuluh belion duit kerajaan jatuh ketangan najib ketua umno diketika itu...patut sangat seluruh rakyat hari ini tolak umno...

    BalasPadam