Header Ads

ads header

Flash News

Annuar cadang tubuh Muafakat Nasional 2.0


PETALING JAYA:
Bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa mencadangkan Muafakat Nasional 2.0 ditubuhkan untuk disertai Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“PAS boleh mengurusetiakan Muafakat Nasional 2.0,” tulisnya di Twitter sambil menambah gerakan itu boleh dibuka kepada semua gabungan politik yang berpaksikan penyatuan pemikiran pemimpin Melayu sealiran.

“Kami bersedia mendokongnya,” kata menteri Wilayah Persekutuan itu.

Semalam, PAS dan PPBM dalam kenyataan bersama mengumumkan mereka akan mengukuhkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 serta menolak sebarang cubaan membentuk kerajaan baharu melibatkan Pakatan Harapan.

Kedua-dua parti itu turut bersetuju menubuhkan mekanisme di peringkat pusat bagi memutuskan pengagihan kerusi menjelang PRU15.

Kenyataan itu menyusul mesyuarat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin semalam, berikutan keputusan Umno pada perhimpunan agungnya hujung minggu lalu untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada PRU15.

Malah, beberapa pemimpin kanannya turut menggesa PAS memilih antara Umno atau PPBM sebagai sekutunya pada PRU15.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti itu akan bertanding di bawah panji Barisan Nasional pada PRU15 serta mahu menentukan “parti mana yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membentuk kerajaan bersama kita”.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Umno tidak ikhlas bila hanya nak membentuk kesepakatan sekiranya kalah nanti...? kurang bijak sebab umno pada masa itu tiada lagi bargaining power seperti yang berlaku dengan bersatu ekoran sheraton move. Nampak sangat tak ikhlas bila main tarik tali dengan pas, sekejap berpakat dalam masa yang sama nak lawan pas di Kelantan dll, now solo pulak...you may win the battle tapi kalau lose the war buat apa...lagi satu battle (cry) di PAU pun makin kena sembur dengan netizen

    BalasPadam
  2. Usaha anuar musa patut dipuji kerana ingin menyatukan ummah. Orang Melayu Islam jangan hanya tahu nak berpolitik, dapat pahala kalau berpolitik menyatukan ummah, itu yang dituntut Allah

    BalasPadam
  3. UMNO gali lubang kubur sendiri kalau go solo.

    BalasPadam
  4. UMNO sedang menuju puncak angkuh sombong.Teruskan begitu sebagai ramuan lengkap untuk melebarkan kebencian.Jangan bersatu,sebab rasa diri bagus.Teruskan berpecah.Bercakap perpaduan ummah kerana fikir talian hayat.Kes mahkamah berlambak dan harap kerajaan camputangan agar selesai tanpa hukum.Meluat dengan geng tua UMNO yang tak insaf

    BalasPadam