Header Ads

ads header

Flash News

Pelan induk pengangkutan RM46 bilion gagal, P Pinang digesa batalkan



GEORGE TOWN:
Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang bernilai RM46 bilion sudah gagal dan perlu dibatalkan kerana ia lebih memfokuskan tambakan laut berbanding pengangkutan awam seperti matlamat asalnya, kata sebuah gabungan NGO.

Jawatankuasa pemandu Penang Forum dalam kenyataan berkata, kegagalan itu adalah ketara selepas kerajaan negeri mengumumkan sebuah syarikat swasta dibenarkan menambak sebuah pulau buatan, dan secara berperingkat.

Ini katanya, menunjukkan projek itu tersasar daripada matlamat asal.

Menurutnya, kerajaan Pulau Pinang sepatutnya menghentikan projek itu sama sekali kerana wujud percanggahan kepentingan yang jelas.

Pulau Pinang merancang menambak tiga pulau pada 2015, dengan tanah itu akan dijual untuk membiayai projek LRT dan lebuh raya. Projek itu ditawarkan kepada SRS Consortium.

Tetapi, minggu lalu, diumumkan sebahagian daripada tambakan laut untuk pulau pertama akan dilakukan secara swasta oleh SRS, melalui sebuah syarikat usaha sama 70:30 dengan kerajaan negeri.

Penang Forum berkata, berita terbaharu itu tidak mengejutkan dan pada zahirnya, PTMP mengenai kemudahan pengangkutan kini tersasar.

“Sekarang, ramai boleh nampak ia secara jelas hanya didorong tambakan laut,” kata kumpulan itu.

Katanya, ia membantah projek itu dilakukan pemaju kerana SRS terdiri daripada tiga pemaju yang kekurangan pengalaman dalam merangka pelan pengangkutan tepat yang tertumpu untuk menggerakkan rakyat, bukannya kenderaan.

Menurutnya, dengan membenarkan sebahagian daripada sebuah pulau itu ditambak secara swasta, negeri itu akan menerima dana untuk membiayai jajaran 2.4km daripada Lebuh Raya Pan Island Link sepanjang 19.5km yang penuh kontroversi, serta jejambat 5.3km menghubungkan pulau buatan itu dengan pulau utama.

Katanya, lebih banyak jalan raya bukannya idea progresif sedangkan dunia cuba mengurangkan pelepasan karbon dan tambakan laut akan menyebabkan kerosakan kekal kepada perairan perikanan utama.

Penang Forum berkata, jika negeri itu menggunakan cetak biru asal pengangkutan hasil rundingan dengan masyarakat awam, yang diberi nama pelan pengangkutan Halcrow, sistem transit bas moden dan pengangkutan air boleh diperkenalkan.

“Kerajaan Pulau Pinang sepatutnya hanya menamatkan perjanjian rakan penyampaian projek itu dengan SRS, bukannya memeterai perjanjian tambahan untuk sesuatu yang sangat berbeza daripada cadangan asal pada 2015.”




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan