Header Ads

ads header

Flash News

Jangan Ada Sesiapa Yang Nak Jadi Abang Long Kepada Sesiapa



JANGAN ADA SESIAPA YANG NAK JADI ABANG LONG KEPADA SESIAPA KERANA ABANG LONG TETAP TIDAK MAMPU HIDUP SENDIRI TANPA ABANG NGAH & ABANG CHIK DALAM SITUASI POLITIK KINI
Okay, takyah citer panjang pun semua orang dah tau yang UMNO ni ‘abang long’ dalam dunia politik. Dah 75 tahun ‘hidup’, kalau jadi orang dah layak keluar KWSP akaun 1, dah layak dapat duit pencen tiap2 bulan. Tapi tulah, dalam ‘tua2’ pon masih berlagak, egois, selfish! Asik nak orang ikot cakap dia je, Dulu dah kalah PRU14, langsung tak nak amik pengajaran. Masih lagi ‘try hard’ nak jadi parti dominan balik macam 60 tahun dulu. Jangan lah gitu, tak semestinya apa yang ‘abang long’ buat tu selalunya betul. Dalam keadaan tak menentu sekarang, bawak2 lah bertenang.
Bila dah susah, pandai mintak tolong dengan ‘adik2’ PAS dan PPBM. Kenang la sikit budi dorang tu, kalau takde dorang, UMNO ni dah jadi sejarah agaknya. Tak merasa balik duduk kat kerusi kerajaan. Ala, citer dorang ni macam kat drama TV pukul 7 lah, kisah pasal adik-beradik yang berniaga, bila abang sulong jatuh bankrap, mintak tolong dengan abang ngah dan abang chik pasal nak selamatkan syarikat dengan cara jual share saham. Bila syarikat dah maju sikit, mula lupa diri. Bila ditegur, mula tunjuk besar kepala, mula buat khianat kerja dengan syarikat pesaing.
Macam tu lah pun yang jadi antara UMNO, PAS dan PPBM sekarang. Bila kalah, mintak tolong, janji macam2, buat MN siap dengan piagam sekali, buat PN semata nak naik balik. Dah tolong, mula besar kepala, mula tunjuk ego, mula nak jadi dominan. Bila tegur, ugut nak putuskan hubungan, buat surat sokong Anwar jadi PM. Patutnya bila dah jadi adik beradik ni, kukuhkan lagi permuafakatan. Kalau ada perselisihan, musyawarah adalah jalan terbaik. Ya, memang dalam waktu genting sekarang masing2 sibuk nak selamatkan diri, nak selamatkan parti masing2. Buatlah satu perbincangan dan capai kata sepakat. Persefahaman dan kerjasama yang kukuh antara satu sama lain itulah kunci kejayaan kepada sebuah pembentukan kerajaan yang kukuh dan kuat.
Patutnya dalam keadaan politik yang tak menentu ini, UMNO sebagai ‘abang long’ seharusnya berfikiran matang. Ketepikan ego dan bertolak ansur dalam apa jua kesepakatan yang dibuat terutamanya ketika bersama dengan parti lain seperti PAS dan PPBM. Pandangan mereka juga harus diambil kira untuk menyeimbangi kestabilan politik di bawah payung PN. Hidup ini bukan berpaksikan anda seorang sahaja, ada perasaan ‘adik2’ lain yang harus dijaga. Sama jugaklah seperti hubungan adik-beradik, apabila ‘abang long’ dah mintak tolong ‘abang ngah’ dan ‘abang chik’ dalam perniagaan, maka ‘abang long’ harus merelakan ‘rezekinya’ dikongsi bersama-sama. Jangan pulak jadi seperti watak ‘3 Abdul’, marah sikit nanti kena jual, harta semua dirampas!



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan