Header Ads

ads header

Flash News

Kepimpinan Umno berubah Jun? Annuar bayangkan ‘calon PM’ bakal dilantik



PETALING JAYA:
Annuar Musa membayangkan kepimpinan Umno akan berubah pada Jun, apabila penggal tiga tahun barisan pemimpin sekarang tamat.

Menteri Wilayah Persekutuan itu juga membayangkan seorang calon perdana menteri dan timbalannya akan dipilih ahli Umno pada pemilihan itu nanti.

“Umno akan memilih seorang presiden dan timbalan presiden yang mempunyai segala sifat dan kelayakan yang sesuai (untuk) memikul tugas sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri bila tiba masanya,” katanya di Facebook.

Beliau berkata demikian sambil memuatnaik gambarnya bersama para menteri Umno dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin – Hishammuddin Hussein, Ismail Sabri, dan Khairy Jamaluddin – dan ketua kelab penyokong kerajaan Perikatan Nasional, Shahidan Kassim.

“Ramai yang tak putus-putus bertanya siapa calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri dari umno (untuk) PRU akan datang,” tambahnya.

Baru-baru ini, Khairy mendesak Umno mengadakan pemilihan sebelum PRU15 bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti Melayu itu.

“Umno mesti menghadapi PRU15 dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat,” katanya di Twitter.

Bulan lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan memberi jaminan pemilihan parti itu akan diadakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Seorang Ahli Parlimen Umno, Nazri Aziz, juga mengecam Zahid susulan laporan menteri Umno akan kekal dalam Jemaah Menteri.

“Sudah jelas mereka sepatutnya letak jawatan tetapi presiden tidak ada kepemimpinan untuk mengarahkan mereka berbuat demikian,” katanya.

Umno pada perhimpunan agung di Kuala Lumpur Ahad lalu lalu memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM dan menghadapi pilihan raya umum ke-15 bersendirian.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan