Header Ads

ads header

Flash News

Najib jaga Zahid, Zahid jaga Najib, UMNO masih milik kita bersama



KUALA LUMPUR, 31 Mac
― Pemilihan Umno sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain, kata Ketua Bahagian Umno Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas presiden parti itu berkata banyak pihak sedang menunggu untuk melemahkan Umno dengan cara sedemikian.

“... dia (parti lain) akan tunggu pemilihan dalam Umno, jadi serpihan daripada mereka yang kalah itu akan dipelawa atau dipujuk atau ditawar untuk masuk parti mereka,” katanya kepada pemberita selepas ucaptama bagi majlis penutup Forum Demokrasi Malaysia: Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia di sini semalam.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian sebagai mengulas gesaan bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mahu pucuk pimpinan Umno agar mengadakan pemilihan parti itu dengan segera bagi menyelesaikan kemelut dalamannya.

Khairy berkata pemilihan seharusnya dijalankan tahun ini tanpa perlu menunggu selepas PRU yang akan datang. ― Bernama




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: