Header Ads

ads header

Flash News

Jika mahu menteri UMNO letak jawatan, Presiden diminta berundur – Pemuda UMNO Pontian


Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta berundur sama dari jawatannya jika mahu menteri-menteri UMNO meletak jawatan atas dasar kepentingan parti.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang berkata, berundur setapak tidak bermaksud mengalah, namun apa yang perlu diperjuangkan semua pemimpin dan ahli adalah demi parti bukannya kepentingan individu tertentu.

Kata beliau, muka-muka baharu perlu diberi ruang dan peluang mengikut arus zaman kerana UMNO sentiasa relevan tetapi pemimipin yang ada hari ini perlu sedar masa dan ketika mereka sudah habis untuk mengemudi parti.
“Merawat dan mengubati lebih baik daripada menyokong dan akhirnya sokongan itu membawa rebah. Pentingkan parti, yakinlah masih ramai lagi pejuang-pejuang UMNO yang akan memperjuangkan parti ini.

“Ramai ahli UMNO dan rakyat khususnya orang-orang Melayu masih mahu bergantung harap kepada parti ini yang sentiasa memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air ini di samping menjaga kepentingan rakyat Malaysia berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Baru-baru ini, Ahmad Zahid mencabar pemimpin UMNO yang digelar sebagai makhluk perosak untuk meletakkan jawatan sebagai menteri ketika ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini.

Rentetan itu, menteri-menteri UMNO mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam Kabinet.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini tidak membuat usul untuk menteri-menteri UMNO meletakkan jawatan.

Situasi itu menimbulkan kemelut baharu dalam UMNO apabila timbul percanggahan pendapat dalam kalangan pemimpinnya termasuk desakan diadakan pemilihan parti dengan segera oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bagi menyelesaikan kemelut itu.

Dalam pada itu, Mohd Helmi berkata, generasi baharu semakin ramai, pemikiran dan pendekatan semakin berubah, maka ini adalah hakikat yang perlu semua pihak terima dengan hati terbuka.

“Jangan sentiasa mendongak ke langit, pandang-pandanglah ke bawah. UMNO perlu bangkit dengan kepimpinan yang baharu dan segar.

“Tidak perlu letak jawatan, tetapi berundurlah dengan secara terhormat,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. kerana SOMBONG BONGKAK Demi POKET2 KRONI..umNO pernah diharamkan dan KULI pecahkan kpd S46 dan mahatir pecahkan pada BERSATU dan tidak lupa anwar pecahkan pada PKR ...SEMUANYA UNTUK TEMBOLOK DAN KUASA SENDIRI..yang tersirat rakyat jadi huru-hara kerana pemimpin utamakan parti dari rakyat...tetapi tanpa KEMALUAN berdendang kamilah dengar denyut nadi rakyat
    bagusnya BOIKOT PRU15 ini kerana perangai GILA KUASA MEREKA DAN KLUSTER2 KATAK DAN MUNAFIKUNNN

    BalasPadam