Header Ads

ads header

Flash News

Sebangang-bangang Lokman Adam, dia percaya itu suara Zahid-Anwar


“Betullah Datuk Zahid mengarahkan supaya dibuat laporan polis tetapi saya rasa lebih baik beliau berlaku jujur sebab, bagi saya, beliau boleh saja mengakui bahawa, “Ya, itu rakaman saya, apa masalah kalau Anwar Ibrahim nak ucap tahniah kepada saya, tak ada masalah”."

"Kita dah mula dengan memberikan sokongan kepada Muhyiddin Yassin setelah dia khianat kita, setelah dia jatuhkan kita dengan fitnah dan pelbagai, dan Datuk Zahid mengangkat dia menjadi Perdana Menteri. Tapi malangnya selepas dia menjadi Perdana Menteri dia tikam UMNO, dia tahan duit UMNO, dia seksa pemimpin UMNO, dia nak sumbatkan pemimpin UMNO dalam penjara, dia nak lakukan pelbagai penganiayaan menggunakan LHDN menggunakan SPRM menggunakan pihak polis.”

“Jadi beliau boleh berterus-terang: “Kalau dah kerjasama dengan manusia bernama Muhyiddin Yassin, yang juga merupakan orang Anwar Ibrahim satu ketika dahulu, membawa kecelakaan kepada UMNO, apa salahnya nak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim?” Sepatutnya dia jawab macam tu."

"Kalau orang lain kita boleh angkat jadi Perdana Menteri last sekali nak bunuh kita, lebih baiklah Datuk Zahid angkat diri dia jadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim boleh jadi Timbalan dia. Sebab Anwar hanya ada 36 kerusi, Zahid ada 38 kerusi campur 2 MCA campur 1 MIC. Dia lebih layak jadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim. Saya yakin kalau dia berterus-terang kepada rakyat dalam senario hari ini, tak perlu takut, apa nak takut, betul tak, UMNO Perdana Menteri Anwar Timbalan, tak ada masalah.”

“Tetapi dia mengambil pendekatan untuk menafikan, yang ini saya agak kecewa, saya agak kecewalah sebab, bagi saya, rakyat Malaysia ini tak bodoh, rakyat Malaysia tak bodoh. Saya dengar rakaman dia sekali je saya dah cam suara dia, saya dah cam suara Anwar, dua-dua pernah jadi boss saya. So kenapa nak nafikan, betul tak?”

Datuk Lokman Adam
mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO,
7 April 2021




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. rakyat malaysia kini sedang beralih arah...tdk kpd zahid umno, tdk yakin kemampuan anuar ibrahim/ pkr/ dap...khusus umat melayu Islam...,hanya ada satu platform utk umat melayu Islam bersatu..,iaitu menerusi gabungan parti dlm PN...
    dulu umat Islam tersalah sokng kpd PH...,kini kesedaran itu, tdk mungkin berbuat kesilapan lagi...NO PH, NO ANUAR IBRAHIM...anuar tak layak jadi pemimpin besar umat melayu Islam...hanya Tuhan tahu kenapa...
    ,maka itu anuar dari muda hingga ketua, tak mungkin jadi PM...walau satengah anggapan masyarakat anuar saorg yg sangat berprinsip....,hakikatnya tak layak pimpin umat melayu Islam...

    BalasPadam
  2. Memang rakyat Tak bodoh. Yg bodoh ialah Lokman Adam

    BalasPadam
  3. kita dah setuju....no dap...no bersatu..no umno...no mic....no mca...no pkr...no zahid....no anwar

    BalasPadam