Header Ads

ads header

Flash News

Setiausaha Organisasi DAP Selangor letak jawatan


SHAH ALAM -
DAP Selangor mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Setiausaha Organisasinya, Bryan Lai Wai Chong berkuat kuasa serta-merta pada Khamis.

Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo berkata, susulan itu, Mesyuarat Jawatankuasa DAP Selangor yang bersidang pada Jumaat telah meluluskan permohonan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai itu.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan turut bersetuju bagj mengekalkan Wai Chong sebagai ahli biasa dan wakil rakyat DAP untuk DUN diwakilinya.

"Perkara ini juga akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin DAP Kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Gobind berkata, Jawatankuasa DAP Selangor turut melantik ADUN Banting, Lau Weng San bagi memangku jawatan tersebut berkuat kuasa hari yang sama.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan