Header Ads

ads header

Flash News

PM bakal berucap di perhimpunan agung MIC


PETALING JAYA:
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berucap kepada perwakilan MIC pada perhimpunan agungnya hari ini, sebuah langkah yang dijangka akan lebih mengacau bilaukan suasana politik tanah air.

Bercakap dengan FMT, Naib Presiden MIC C Sivarraajh mengesahkan bahawa Muhyiddin, pengerusi Perikatan Nasional, dijadualkan menyampaikan ucapan itu yang akan disiarkan kepada perwakilan di Hotel Wyndham Acmar di Klang, seminggu selepas parti komponen utama Barisan Nasional, Umno membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PPBM, yang dipimpin Muhyiddin.

Sepanjang minggu lalu, MIC mengkritik Umno berkenaan janji presidennya Ahmad Zahid Hamidi untuk memperkukuh undang-undang syariah, keputusan sewenang-wenang yang meminta pemimpin BN keluar dari Jemaah Menteri Kabinet, dan hasrat parti itu untuk merebut kembali kerusi Parlimen Sungai Siput, yang ditandingi secara tradisi oleh MIC.

Difahamkan, Zahid juga akan berucap kepada para perwakilan secara maya.

Tanpa menyatakan siapa yang dimaksudkan beliau, Presiden MIC S Vigneswaran bulan lalu menafikan bahawa MIC, parti politik terbesar kaum India di negara ini, telah menerima tawaran untuk meninggalkan BN untuk kumpulan politik lain.

Konvensyen hibrid MIC tahun ini adalah gabungan pertemuan secara langsung dan maya, dengan Bernama menganggarkan 400 perwakilan hadir di dewan dan 400 perwakilan dalam talian semasa konvensyen Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC.

Pemilihan cabang dijangka berlangsung dari 5 April hingga 5 Mei sementara pemilihan bagi presiden parti dijangka diadakan pada Jun.

Pemilihan untuk jawatan tertinggi lain akan diadakan pada tarikh lain, kata Vigneswaran dalam sidang media bulan lalu.

MR : Ini tanda-tanda BN/UMNO tak lama akan tumbang dengan kesombongan mereka


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan