Yuslaini buat laporan polis ekoran tiada permohonan maaf dari PKR Terengganu
Ketua Wanita Muda AMK Terengganu , Yuslaini Azmi telah menuntut kenyataan maaf dari Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri Terengganu, Syed Mohd Al-Amin bin Tuan Sharif diatas satu kenyataan dikeluarkan yang mendakwa beliau di tahan di bawah Akta Hasutan atau berdepan tindakan undang undang.
Menurut Yuslaini, beliau adalah seorang pengadu bagi menyiasat kes gangguan seksual di bawah Akta 354 Kanun Keseksaan.
Menurut beliau, walaupun pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Terengganu saudara Wan Muhamad Haikal telah memperbetulkan kenyataan MPN
Terengganu namun sehingga hari ini tiada seorangpun daripada ahli
pimpinan MPN Terengganu ingin memperbetulkan kenyataan mereka yang cuba
memberi imej dan persepsi buruk pada diri beliau.
Kenyataan media yang dibuat MPN Terengganu seolah-olah tidak mengakui
Yuslaini mangsa didakwa yang dicabul ADUN itu salah seorang ahli
pimpinan sayap AMK walaupun telah banyak program dan kenyataan media
telah dikeluarkan sebelum ini.
Menurutnya, beliau kesal kerana walaupun berada dalam satu “kapal” yang sama, tindakan MPN Terengganu memfitnah diri beliau telah memberi kesan buruk pada dirinya dari sudut psikologi.
Satu notis saman malu kerana memfitnah akan dikeluarkan kerana mendakwa beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.
“Tempoh masa 3 hari sudah berlalu jadi saya sudah memulakan tindakan
undang-undang atas fitnah secara jelas yang sengaja ingin menjejaskan
imej dan reputasi saya. Sekian terima kasih.” Tulis Yuslaini dalam
facebooknya semalam.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
kluar je la dr parti sampah tu.
BalasPadamApa2 pun lawan tetap lawan. Peduli apa.
BalasPadam