Header Ads

ads header

Flash News

Agenda PAS perpaduan ummah, tidak ikut ‘khemah besar’


MARANG:
PAS tidak terikut dengan konsep ‘khemah besar’ tajaan pembangkang, sebaliknya tetap teguh dengan agenda besar perpaduan ummah.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak terikut dengan ‘khemah besar’ pembangkang itu kerana partinya mempunyai kumpulan sendiri bagi melaksanakan agenda perpaduan ummah.

Sebaliknya, kata beliau kerjasama dengan parti-parti terbesar orang Islam seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Umno termasuk badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan parti lain yang tidak ekstrem.

“Kita tak ikut khemah basar, kita ada kumpulan kita sendiri. Kita masih terus melaksanakan agenda perpaduan ummah.

“Kita tak ikut khemah besar, dalam itu ada ‘tikus’, ada ‘kucing’, ada macam-macam. Kita bukan bawa khemah, kita bawa agenda perpaduan ummah,” ujarnya kepada media di Rusila, semalam.

Mengenai penubuhan gabungan parti Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan bagi menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15, katanya amalan negara demokrasi dibenarkan dan partinya tidak terjejas.

“Itu negara demokrasi bebas, boleh buatlah. Insya-Allah, kita pertahankan  Kelantan. Ini bukanlah kali pertama kita hadapi.

“Kita pernah hadapinya tahun 60-an, 70-an, dan kita tidak boleh larang orang, ini demokrasi,” jelasnya.

Sementara itu, kata Tuan Guru Abdul Hadi, setiap bulan PAS menerima ribuan keahlian baharu dan tidak terjejas dengan isu ‘PASleak’.

“Sehingga hari ini tiap-tiap bulan kita terima ahli baru. Ribu ahli baru dan tidak kurang 1,000 ahli baru sebulan.

“Kadang-kadang 2,000 dan 4,000 pun ada ahli baharu. Parti kita tak jejas, parti tak goyang dan ahli PAS bertambah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/4/2022





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan