Header Ads

ads header

Flash News

Anwar tak berpihak individu, kumpulan tertentu, kata Rafizi


PETALING JAYA:
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yakin Presidennya, Anwar Ibrahim tidak memihak kepada mana-mana individu atau kumpulan yang bertanding dalam pemilihan parti bulan depan.

Beliau berkata, perkara itu hanya persepsi dan tafsiran pihak tertentu yang melihat kenyataan Anwar seolah-olah menyokong pesaingnya, Saifuddin Nasution Ismail, dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR.

Katanya, kempen pemilihan parti ketika ini banyak tertumpu soal prestasi PKR dalam pilihan raya umum lalu dan Anwar mempunyai tanggungjawab memberikan penjelasan.

“Saya faham kadang-kadang nampak macam dia membela Saifuddin, tapi kalau kita jadi presiden parti pun, kita juga kena menjelaskan kenapa prestasi itu jadi begitu begini, walaupun sebenarnya strategi dan perancangan itu dijalankan kumpulan yang menyokong atau sepatutnya membantu presiden.

“Hanya kerana Saifuddin merupakan pasukan utama melaksanakan strategi parti itu sebelum ini, itu tidak bermakna dia (Anwar) membela Saifuddin,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, semua keadaan itu bergantung kepada tafsiran masing-masing dalam membaca reaksi seseorang, termasuk beberapa tanggapan menganggapnya sebagai seorang yang kasar.

Ditanya sama ada beliau mampu menambah kerusi untuk PKR pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Rafizi berkata, perkara itu bergantung kepada rundingan antara parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).

Rafizi bagaimanapun berkata, rundingan kerusi kali ini akan lebih mudah kerana hanya melibatkan parti dalam PH sahaja, tidak seperti PRU14 membabitkan Bersatu.

“Dalam parti, anggota tahu bahawa saya yang merundingkan kerusi seluruh negara pada PRU lepas. Kalau pun saya menang ataupun kalah, parti tetap akan menggunakan kemahiran saya berunding, hasil daripada pengalaman memuktamadkan rundingan kerusi dengan PH.

“Segala rundingan berdasarkan parti mana yang boleh mewakili PH untuk menang. Kita tengok kedudukan, kalau contohnya PKR merupakan parti lebih kuat di bawah, sudah tentu PKR berpeluang mendapat lebih kerusi dan sebaliknya.”



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan