Penduduk Chicago berhimpun bantah kekejaman Israel di Masjid al-Aqsa
Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Well & South Michigan Avenue, pusat bandar Chicago sebagai bantahan serbuan ke atas Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Ketika menyertai bantahan, penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk sambil menggesa tentera negara haram membebaskan Baitulmaqdis.
Selain itu, mereka turut menggesa supaya dihentikan segera keganasan terhadap penduduk Palestin.
Beberapa siri serbuan diadakan sejak 15 April lalu oleh rejim Zionis di Masjid al-Aqsa, yang mahu kawasan itu dikosongkan bagi memberi laluan kepada sambutan Paskah.
Alderman Byron Sigcho Lopez, penyokong Palestin yang menyertai bantahan ketika berucap pada tunjuk perasaan tersebut menyifatkan, perjuangan yang dilakukan tersebut adalah revolusi antarabangsa.
“Kita melihat Zionis menyerang adik-beradik dan kita tidak boleh mendiamkan diri serta perlu bangkit dan mengecamnya,” katanya secara tegas.
Sementara itu, Lesley Williams wakil Voice for Peace pula mempersoalkan sampai bila rakyat Palestin harus hidup dalam ketakutan dan berdepan keganasan.
Sejak kebelakangan ini, tentera Israel semakin ganas membuat serbuan di kawasan Masjid al-Aqsa, selain mengadakan serbuan ke kawasan kejiranan dan menahan penduduk sesuka hati sebelum dihumban ke pusat penyiasatan. – Agensi
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan